SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyifatkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tidak berupaya menyelesaikan masalah ekonomi dan kenaikan harga barang dengan formulanya. Pengerusi PAMM, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Rafizi dilihat tidak berupaya membawa ekonomi Malaysia ke arah lebih baik. "Beliau setakat ini dilihat tidak mampu menggalas tugas dengan baik walaupun sering menyatakan sebaliknya. "PAMM bimbang Rafizi sekadar ...

BALING - Sebanyak 60 naskah Al-Quran diberikan Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (PERKEBA) kepada guru dan pelajar kelas pengajian Al-Quran di Kampung Perumahan Keda Ulu Legong Mukim Siong Baling, baru-baru ini. Penaung PERKEBA Dato' Mohammad Hj Sheikh Mohamad berkata, sumbangan naskah Al-Quran akan diteruskan dari masa ke semasa kepada kelas pengajian Al-Quran Kampung di daerah Baling. "Saya juga difahamkan oleh ...

KUALA KETIL- Penduduk sekitar kawasan Parit Panjang menerima durian runtuh apabila mendapat sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, kelmarin. Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sumbangan itu merangkumi kewangan, bekalan makanan, peralatan kembali ke sekolah, buku-buku dan barangan 'free market'. Menurutnya, semua penerima terdiri daripada golongan memerlukan termasuklah pesakit terlantar. ...

PUTRAJAYA,15 Januari 2023 – Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama 27 Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan 10 Pegawai Kanan Kerajaan telah menghadiri program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Program dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan. Selaras dengan hasrat YAB Perdana ...

KUALA LUMPUR- Benteng Malaysia akhirnya roboh dengan tiga gol Thailand pada separuh akhir kedua di Stadium Thammasat Thailand sebentar tadi untuk keputusan agregat 3-1. Thailand yang enggan kecewa lagi selepas kekalahan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil mengasak kubu Harimau Malaya seawal minit pertama permainan. Skuad Kim Pan-gon hanya membiarkan Thailand melakukan serangan bertali arus dengan bertahan dan mengharapkan serangan ...

KUALA LUMPUR -Skuad kebangsaan menang tipis 1-0 dalam aksi yang didominasi penuh oleh Thailand pada separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Malaysia yang menerima sokongan padu puluhan ribu penyokong menerima tekanan awal pelawat. Ketika Thailand rancak menyerang, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi jaringan Faisal Halim pada minit ke-11 selepas ...

KUALA LUMPUR - Indonesia menempuh laluan berliku selepas sekadar mencatat keputusan seri 0-0 bertemu Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno malam ini. Tuan rumah gagal menjaringkan gol dan buntu memecah benteng pelawat sepanjang permainan. Vietnam mempunyai peluang untuk ke final bagi putaran kedua separuh akhir ke dua pasukan di Hanoi pada 9 Januari ini. Jika kedua-dua tetap terikat keputusan 0-0 ...

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyambut baik usaha kerajaan Kedah menghapuskan lesen judi negeri ini berkuat kuasa pada 1 Januari lalu. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan diambil pihak kerajaan negeri cukup baik dalam membendung amalan judi di negeri ini. "PAMM mengambil kesempatan merakamkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diatas ...

KUALA LUMPUR - Malaysia terlalu ampuh untuk Singapura dalam perhitungan terakhir kedua-dua pasukan dalam Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Skuad negara yang turun dengan misi wajib menang untuk layak ke separuh akhir mudah mengatasi Singapura 4-1. Tuan rumah yang mengasak bertubi-tubi mendapatkan jaringan pertama hasil tandukan kencang Darren Lok minit ...

KUALA LUMPUR -Kemenangan 2-1 Indonesia ke atas Filipina di Stadium Memorial Rizal pada perlawanan terakhir Kumpulan A Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 malam ini tidak membantu mereka muncul johan kumpulan. Sebaliknya Indonesia yang berkongsi 10 mata dengan Thailand terpaksa akur sebagai naib juara untuk bertemu juara Kumpulan B. Indonesia memimpin sementara Kumpulan A ketika sedang mengatasi Filipina 2-0 manakala ...