Anak kerap demam? Pokok ara beringin berhantu? Ini jawapan Ustaz Md Rosdi Hasan

ALOR SETAR– Pokok ara beringin mempunyai keistimewaan tersendiri dalam bidang perubatan walaupun dianggap “berhantu” oleh pihak tertentu.

Pendakwah yang juga pakar perubatan tradisional, Ustaz Md Rosdi Hasan berkata, pokok berkenaan sering dikaitkan dengan penunggu atau hantu pontianak.

“Hari ini saya nak bercerita tentang pokok yang di anggap berhantu dan selalunya ia akan di kaitkan dengan hantu pontianak atau penunggu.

“Pokok yang saya maksudkan ialah pokok ara beringin yang akarnya tinggi dari atas menjuntai ke tanah. Pokok ini juga sering di jadikan tempat kuil-kuil orang lndia untuk tujuan permujaan sehinggakan di anggap keras dan berpenunggu,”katanya dalam hantaran di Facebook.

Rosdi berkata, mitos berkenaan sebenarnya tidak benar sama sekali malahan sejak kecil dirinya juga sering bermain di bawah pokok itu bagi mencari buah yang telah jatuh ke tanah.

Buah pokok ara beringin

Katanya, buah pokok ara beringin yang masak sesuai dijadikan umpan dan amat digemari ikan lampam.

“Untuk pengatahuan semua orang tua-tua dahulu selalu mengambil daun dari pokok ara beringin untuk di jadikan mandian kepada anak-anak mereka yang kerap sakit ataupun demam pada waktu malam.

“Cara membuat rawatan untuk masalah tersebut adalah amat mudah sahaja dengan mengambil daun dari pokok ara tersebut sebanyak dua ratus gram dan di masak dengan sebaldi air sehingga mendidih kemudian di campurkan dengan air biasa sehingga menjadi suam-suam kuku kemudian di mandikan anak yang kerap sakit itu selama beberapa hari.

“Alhamdulillah inilah cara orang tua-tua dahulu merawat anak mereka yang selalu sakit atau demam malam,”katanya.

Rentas7.com/ Foto: FB Md Rosdi Hasan

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.