Indonesia tempuh jalan liku selepas terikat dengan Vietnam

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan

KUALA LUMPUR – Indonesia menempuh laluan berliku selepas sekadar mencatat keputusan seri 0-0 bertemu Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.

Tuan rumah gagal menjaringkan gol dan buntu memecah benteng pelawat sepanjang permainan.

Vietnam mempunyai peluang untuk ke final bagi putaran kedua separuh akhir ke dua pasukan di Hanoi pada 9 Januari ini.

Jika kedua-dua tetap terikat keputusan 0-0 perlawanan akan dibawa ke masa tambahan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.