PUTRAJAYA- Sejumlah buah kereta tenggelam akibat banjir kilat melanda Present 11 Putrajaya di sini, petang tadi. Menurut seorang kakitangan kerajaan, hujan lebat beserta ribut kuat mengakibatkan sebatang pokok tumbang. "Kejadian seperti ini kali pertama berlaku di Putrajaya. Hampir 10 buah atau lebih kereta tenggelam,"katanya malam ini. Menurutnya, ketinggian banjir yang hampir mencecah cermin kereta menandakan banjir kali ini agak serius. ...
BALING-Calon DUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad sanggup meninggalkan kempen pilihan raya demi menunaikan tanggungjawab sebagai imam solat jenazah. Beliau mewakili Perikatan Nasional (PN) hadir ke Masjid Al -Ubudiah Ketemba Kuala Pegang petang tadi. Dato' Najmi berkata, menunaikan tanggungjawab ke atas saudara seagama adalah lebih penting dan utama. "Saya hadir untuk solat jenazah selepas dapat tahu ada ...
SUNGAI PETANI-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa kerajaan memperketatkan undang-undang terhadap pihak yang membina kuil tanpa mengikut saluran yang betul. Pengerusi PUTRA cawangan Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan lemah kerajaan terdahulu menyebabkan ada kuil yang dibina di atas tanah yang diceroboh. Menurutnya, binaan berkenaan akhirnya mendatangkan banyak masalah di kemudian hari. "Jika tidak diambil tindakan, akan ada lebih banyak ...
KUALA LUMPUR- Kes kemalangan berpunca pemandu mabuk yang semakin meningkat mutakhir ini dipandang serius oleh kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas berhubung kes kemalangan maut pengguna jalan raya membabitkan pemandu mabuk. "Langkah segera yang akan diambil ialah memastikan cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dimuktamadkan ...
KUALA LUMPUR- Pembahagian jawatan bagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah termasuk Exco telah selesai diputuskan. Difahamkan, perkara itu mendapat kata sepakat daripada pemimpin utama di peringkat pusat setelah mengadakan perbincangan. PN Kedah dijangka akan membentuk kerajaan negeri dalam masa terdekat. Pada 12 Mei, ketua pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah selepas mendapat ...
ALOR SETAR- Seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah esok. Sumber berkata, kesemua ADUN yang menyokong Perikatan Nasional (PN) itu bakal mengadap baginda di Wisma Darul Aman jam 10 pagi. Difahamkan, 15 ADUN PAS dan dua ADUN daripada UMNO kini berada di satu lokasi "rahsia" bagi pertemuan esok. PN Kedah kini mempunyai ...
ALOR SETAR- Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya meletakkan jawatan secara bermaruah selepas hilang kepercayaan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, seorang Menteri Besar sewajarnya mempunyai rasa tanggungjawab dan maruah diri untuk berbuat demikian. Menurutnya, Mukhriz masih menjadi Menteri Besar hanyalah berdasarkan teknikal memandangkan belum ada lantikan Menteri ...
SUNGAI PETANI- Tiada apa lagi yang perlu dipertahankan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas hilang kepercayaan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam rakan sendiri. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, kenyataan Mukhriz bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah tidak membawa sebarang makna. "Kamu sebelum ini mempunyai 19 kerusi. Tapi kini sudah berkurangan ...
ALOR SETAR- Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa masih lagi menjadi Menteri Besar meskipun hilang kepercayaan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini. "Saya masih lagi Menteri Besar dan kerajaan negeri masih beroperasi seperti biasa. "Pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media dan tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu,"katanya melalui hantaran ...
ALOR SETAR-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee daripada PKR Kedah mengumumkan keluar parti. Azman dan Dr Robert  mengumumkan perkara itu dalam sidang media bersama di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam pada pagi ini. Mereka turut mengisytiharkan menyokong pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat pusat dan ...