KUALA LUMPUR- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah mendesak kerajaan mengambil tindakan lebih tegas dalam mengawal kemasukan warga Rohingya ke negara ini bagi mengelakkan Malaysia terus menjadi laluan mudah kepada kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Pengerusinya, Dato’ Dr Mustaffa Idrus berkata, isu kemasukan warga asing tanpa kawalan sewajarnya tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan keselamatan negara, kedaulatan sempadan serta ...




