PERKEBA sumbang 60 naskah al-Quran

Dato' Mohammad (baju biru) menyampaikan sumbangan al-Quran kepada penerima

BALING – Sebanyak 60 naskah Al-Quran diberikan Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (PERKEBA) kepada guru dan pelajar kelas pengajian Al-Quran di Kampung Perumahan Keda Ulu Legong Mukim Siong Baling, baru-baru ini.

Penaung PERKEBA Dato’ Mohammad Hj Sheikh Mohamad berkata, sumbangan naskah Al-Quran akan diteruskan dari masa ke semasa kepada kelas pengajian Al-Quran Kampung di daerah Baling.

“Saya juga difahamkan oleh pihak Perkeba, dari awal penubuhan Perkeba sumbangan naskah Al-Quran adalah program yang pertama yang dianjurkan oleh pihak Perkeba,”katanya yang merasmikan program sumbangan berkenaan.

Menurutnya lagi, beliau akan tetap memastikan PERKEBA menjadi sebuah badan NGO kebajikan yang berjaya suatu hari nanti dalam menjaga hal ehwal kebajikan untuk rakyat di daerah ini.

Selain dari itu, PERKEBA juga menganjurkan program ziarah prihatin Perkeba, majlis berbuka puasa dan sumbangan di bulan Ramadhan, sumbangan pakaian sekolah, sukaneka rakyat dan lain-lain lagi.

Turut hadir, Yang Dipertua PERKEBA, Jhangir Khan Kathem Khan dan Setiausaha Kehormat PERKEBA, Mohd Nazry Bidin.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.