PAMM puji Kedah hapus Judi, harap pihak berkuasa terus pantau

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyambut baik usaha kerajaan Kedah menghapuskan lesen judi negeri ini berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan diambil pihak kerajaan negeri cukup baik dalam membendung amalan judi di negeri ini.

“PAMM mengambil kesempatan merakamkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diatas usaha memakmurkan negeri ini,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, tiada mana-mana agama membenarkan permainan judi.

“Dengan judi rumah tangga akan musnah, masyarakat akan menjadi kacau bilau dan jenayah akan meningkat,”katanya.

Beliau berkata, tokey judi kemungkinan besar mengubah taktik dengan melakukan operasi judi haram.

Menurutnya, mereka dikhuatiri beroperasi secara senyap bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Oleh itu semua premis termasuk kedai runcit perlu sentiasa dipantau kerana kita tidak mahu operasi judi haram tumbuh bagaikan cendawan.

“Justeru, PAMM berharap pihak berkuasa perlu sentiasa melakukan operasi terhadap semua premis yang berpotensi menjalankan aktiviti perjudian supaya mereka tidak mengambil kesempatan beroperasi.

“Pihak berkuasa perlu sentiasa melakukan peka dengan keadaan dan wajib memberikan kerjasama elok kepada kerajaan negeri,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.