KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 22 tahun (B-22) layak secara merit ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun depan setelah muncul juara Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 2022. Keputusan itu dicipta setelah Malaysia seri 0-0 menentang Thailand di Stadium MFF Ulaanbaatar Mongolia hari ini. Kedua-dua pasukan bermain dengan baik bagi mencabar slot automotik ke Piala Asia tahun depan namun kualiti permainan ...

PELABUHAN KLANG- Operasi mencari seorang penyelam yang hilang di perairan Pulau Selat Kering semalam masih diteruskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, hari ini. Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, dua Kapal Maritim (KM) Danga dan Bot Kilat digerakkan dalam operasi Cari Alamat yang dikoordinasi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru yang disambung jam ...

KUALA LUMPUR- Skuad Malaysia Bawah 22 tahun (B-22) berdepan pertarungan hidup dan mati menentang Thailand bagi saingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022 Kumpulan J pada Ahad ini. Keputusan tewas akan meletakkan Malaysia dalam situasi mustahil untuk tidak layak ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun hadapan. Keputusan menentang pasukan tercorot tidak akan diambil kira ekoran penarikan diri beberapa pasukan dari ...

KUALA LUMPUR- Azfar Fikri Azhar sekali lagi menjadi wira skuad Bawah 22 tahun (B-22) Kebangsaan apabila mencetak gol menewaskan tuan rumah Mangolia 1-0 bagi saingan Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Stadium MFF Ulaanbaatar, hari ini. Azfar membuka jaringan pada minit ke-40 melalui tandukan yang menewaskan peniaga gol Mongolia untuk Malaysia mengutip tiga mata penuh. Keputusan itu meletakkan ...

MARAN-Orang ramai yang ingin mengadakan majlis dalam daerah Maran dikehendaki memaklumkan kepada pihak polis. Perkara itu dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dalam satu kenyataan hari ini. "IPD Maran menasihati mana-mana individu yang ingin mengadakan majlis terutamanya dalam daerah Maran untuk memaklumkan kepada PDRM sebelum diadakan majlis bagi memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ...

KUALA LUMPUR-Tiada ejen atau pihak ketiga dilantik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin (PATI). Ketua Pengarah JIM, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, JIM menerima pertanyaan berhubung ejen serta pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi PATI kepada majikan yang ingin menggaji PATI dan kepada PATI yang ingin pulang ke negara ...

KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan meraih kemenangan berharga apabila menewaskan Loas dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2022 Kumpulan J di Stadium MFF Ulaanbaatar Mongolia, petang ini. Malaysia yang memburu tiga mata pertama mengasak lawan seawal minit pertama dengan hantaran-hantaran pendek. Corak agresif skuad muda kebangsaan memaksa Loas bermain secara bertahan sepanjang babak separuh masa pertama. Meskipun mendominasi ...

SUNGAI PETANI-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) akan menggerakkan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan membatalkan lesen perkilangan arak di Malaysia. Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah Datuk Mustaffa Idrus berkata, orang ramai dijemput untuk menyertai himpunan itu. "Kita akan adakan perhimpunan aman di pekarangan Pejabat PUTRA Kedah di Sungai Petani pada 26 Oktober ini. Perhimpunan Selasa ini telah kita maklumkan kepada pihak polis. ...

KUALA LUMPUR- Aksi skuad kebangsaan Bawah 22 tahun (B-22) pada kelayakan Piala Asia B-23 2022 Kumpulan J di Mongolia akan disiarkan di dua saluran televisyen tempatan. Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM memaklumkan, ketiga-tiga aksi skuad B-22 akan disiarkan di Saluran Sukan RTM dan TV Okey di saluran Astro 146. Malaysia akan memulakan perlawanan menentang Loas pada 25 Oktober 2021 jam ...

  KUPANG- Tekanan arus punca parit tersumbat mengakibatkan jalan utama di Kampung Tanjung Bukit sepanjang lima meter runtuh baru-baru ini. Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, pihaknya akan membantu mencuci parit berkenaan menggunakan peruntukan PKWR DUN Kupang dalam tempoh terdekat. Menurutnya, hasil tinjauan mendapati tiga daripada empat lorong pembentung tersumbat dengan batang kayu ...