Malaysia bawa bekalan 1 gol ke Thailand

Malaysia menewaskan Thailand 1-0 malam ini

KUALA LUMPUR -Skuad kebangsaan menang tipis 1-0 dalam aksi yang didominasi penuh oleh Thailand pada separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia yang menerima sokongan padu puluhan ribu penyokong menerima tekanan awal pelawat.

Ketika Thailand rancak menyerang, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi jaringan Faisal Halim pada minit ke-11 selepas menyempurnakan hantaran lintang Ruventhiran .

Di separuh masa kedua, Thailand menekan bertubi-tubi tuan rumah dengan serangan berbahaya namun berjaya dipatahkan benteng Malaysia selain kecemerlangan penjaga gol Syihan Hazmi.

Malaysia juga bernasib baik apabila tandukan pemain lawan mengenai tiang gol.

Malaysia yang sepatutnya memperolehi gol kedua selepas tandukan Dominic Tan menerjah gawang pada minit ke-65.

Jaringan berkenaan sememangnya sah dan sepatutnya diberikan kepada Malaysia, sayangnya keputusan pengadil telah meragut gol kedua anak buah Kim Pan-gon.

Gol itu tidak dikira oleh pengadil kerana pemain negara didakwa melakukan pelanggaran ke atas pemain Thailand sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Aksi separuh akhir kedua akan berlangsung pada 10 Januari ini dengan Thailand sebagai tuan rumah.

Malaysia hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke final.

RENTAS7/ FAM

 

 

 

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.