PATANI - Seorang lelaki tempatan ditahan pasukan tentera dalam satu operasi melibatkan puluhan tentera Thailand semalam. Ahamat Zamri Salaeh,28, (gambar) ditahan di sebuah w warung Mukim Donsai Maiken. Lelaki bekerja sebagai nelayan itu telah dibawa ke kem pasukan tentera di Inkhayudbohiran Mukim Bhotong. RENTAS7/ FOTO: T.I.N ...

PERISYTIHARAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN TARIKH HARI RAYA QURBAN (AIDILADHA) 1443 HIJRIAH / 2022 MASEHI “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1443 Hijriah ialah pada 1 hb. Julai, 2022 Masehi. Oleh yang demikian Hari Raya Qurban ...

KUALA LUMPUR -Bintang filem Mat Kilau Yayan Ruhian menziarahi makam pahlawan Mat Kilau di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang, hari ini. Menerusi perkongsian di Facebook, bintang filem itu memaklumkan menziarahi makam berkenaan sebelum pulang ke Indonesia. "Terima kasih kepada seluruh saudara-saudara di Malaysia, kami sudah diterima dengan baik di sini. "Harap-harap boleh silaturahmi dan berjumpa lagi. Mohon maaf zahir ...

KUALA LUMPUR -Filem epik pertama Malaysia Mat Kilau mencatatkan kutipan luar biasa apabila meraih lebih RM12 juta hanya dalam empat hari tayangan di panggung wayang. Filem diadaptasi dariada kisah lagenda pejuang kemerdekaan tanah air itu mencetuskan fanomena seluruh negara dengan jalan cerita menarik dan memukau. Filem arahan Syamsul Yusof itu dijangka akan terus merekodkan kutipan tinggi sepanjang minggu ini. Mat ...

SIK- Hujan lebat selama dua jam di hulu Sungai Lentang di sini menyebabkan tujuh buah kampung di kawasan sekitar sungai itu dinaiki banjir kilat, petang tadi. Kampung terlibat ialah Kampung Lenteng, Kampung Tok Lebai, Kampung Bukit Berangan, Kampung Kuala Betong, Kampung Belantik Dalam, Kampung Surau dan Kampung Pinang. Ketua Skuad Shift Bravo APM Sik, Sjn (PA) Zamri Fakhorozi berkata, Pusat ...

KUALA LUMPUR-Pelancong tidak lagi diwajibkan mengambil insurans perubatan untuk masuk ke Thailand berkuat kuasa 1 Julai ini. Kelonggaran daripada kerajaan Thailand itu dibuat sebagai satu usaha menarik lebih ramai pelancong luar ke negara itu. Menurut rekod Thailand, pelancong Malaysia mendahului senarai paling ramai masuk ke negara itu setakat ini. Thailand pada pasca COVID-19 telah mewajibkan pelancong mengambil insuran perubatan sebaik ...

KUALA LUMPUR- Siaran berita RENTAS7 akan diluaskan ke Pantai Timur mulai Julai depan. RENTAS7 dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dibuat bagi menarik minat pembaca dari Pantai Timur. "Ketika ini pembaca portal RENTAS7 lebih tertumpu di utara Semenanjung termasuk dari beberapa negara jiran . "Setelah mengambil kira beberapa faktor, RENTAS7 akan menempatkan wartawan di Pantai Timur khususnya bagi melaporkan perkembangan ...

KUALA LUMPUR- Kejayaan 'mengaum' di pentas kelayakan Piala Asia 2023 membolehkan ranking skuad kebangsaan melonjak tujuh anak tangga. Malaysia di ranking 154 dunia pada kemas kini terdahulu, 31 Mac 2022 telah mendaki ke tangga 147 ranking dunia. Malaysia di bawah kendalian ketua jurulatih Kim Pan-gon  menamatkan aksi Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 selaku naib juara kumpulan . Malaysia menewaskan ...

KUALA LUMPUR -Filem kedua Syahmi Sazli bertajuk "35MM" pada hari pertama tayangan meraih RM300,000 bagi kategori filem tempatan untuk tahun 2022. "Alhamdulillah! Filem “35MM” berjaya memecah rekod dengan mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan untuk tahun 2022, sebanyak RM300,000! Terima kasih atas sokongan anda semua. "Jangan lupa langgan “35MM” di Astro First saluran 480," kata kenyataan di Facebook Syahmi ...

BACHOK- Keadaan Pantai Pulau Kambing dekat sini dicemari dengan pembuangan sampah di tepi pantai dan ke dalam laut. Tinjauan RENTAS7 pada Jumaat lalu mendapati banyak sampah sarap dibiarkan di persisir pantai termasuk ada yang dihanyutkan ombak. Lebih menyedihkan, terdapat pengunjung tidak bertanggungjawab bertindak membuang tin minuman keras serta lampin pakai buang. Pengunjung ingin dikenali sebagai Khafi, 27, berkata, keindahan Pantai ...