NARATHIWAT - Dua anggota sukarelawan keselamatan Thai maut, tiga parah dan lapan cedera dalam serangan berdarah di ibu Pejabat Daerah Sungai Golok malam ini. ( 8/3/2025). Pos sukarelawan di kawasan ibu Pejabat Daerah Sungai Golok dikejutkan dengan serangan bersenjata bertubi-tubi mengakibatkan pos dan bangunan kerajaan berkenaan mengalami kemusnahan teruk. Menurut sumber, penyerang menaiki sebuah pikap D- Max melepaskan tembakan ke ...
PATANI-Dua anggota tentera Renjer Thailand cedera dalam satu serangan hendap kumpulan pejuang pembebasan Patani. Dua anggota masing-masing berpangkat sarjan dan leftenan. Kejadian pada 25 Februari lalu berlaku pada jam 1.10 petang waktu tempatan di Mukim Mak Mawi daerah Binjul Lima Wilayah Patani. Kereta dinaiki kedua-dua anggota terbabit mengalami kerosakan teruk selepas terkena tembakan. Dalam kejadian berasingan, pada 26 Februari lalu, ...
PATANI- Empat anggota kumpulan pejuang pembebasan Patani gugur dalam pertempuran dengan pasukan tentera Thailand di Kampung Jarae Kadong Daerah Kerong Pinang Wilayah Yala. Kesemua anggota terbabit maut dalam kejadian ( 27 Januari 2025/ 27 Rejab 1446 H) dan disahkan sebagai anggota dari Barisan Revolusi Nasional (BRN). Mereka yang syahid adalah Kamarudin Samae,42, Abu Bakar Yasi (44), Harun Waekueji (47) dan ...
Laporan:Assang Suttapong PATANI-Konflik Patani memanas pada hari ketiga di awal tahun apabila tiga anggota polis Thailand cedera terkena serangan bom yang didakwa dilakukan kumpulan pembebasan Patani. Insiden pada 3 Januari itu terjadi jam 10.30 pagi waktu tempatan apabila sekumpulan anggota polis sedang bersiap sedia membuat sekatan jalan raya di kawasan Kampung Kelaba mukim Terabung daerah Senandung Bayu Saiburi Patani. ...
Laporan: Fatimoh Ja'ae NARATHIWAT -Seorang sarjan tentera Siam maut dalam serangan hendap kumpulan pembebasan Patani dalam kejadian semalam (31 Disember 2024). Sarjan Ananat Manjut maut di tempat kejadian dalam insiden tembak yang disasar kepadanya. Kejadian berlaku pada jam 6 petang waktu tempatan di kawasan Sungai Padi Wilayah Narathiwat. Kereta mangsa juga hangus terbakar di lokasi. Serangan terbaru itu ibarat ...
PATANI-Leftenan Surawit Chumchun maut diserang hendap kumpulan pembebasan Patani dalam kejadian 26 Disember lalu. Serangan bom di kawasan Bendang Krakci, Mukim Tanto, daerah Tanto, Yala mengenai sasaran ketika mangsa dalam perjalanan ke sebuah pasar. Kereta pikap mangsa melambung dan terbalik sejurus letupan mengakibatkan kemusnahan teruk. Perjalanan tentera dan polis Thailand untuk menghantar bantuan gagal ekoran halangan dilakukan pasukan pembebasan. Kumpulan ...
ACEH DARUSSALAM -26 Disember tahun ini genap 20 tahun peristiwa gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi yang melanda Aceh Darussalam pada 2004. Sempena mengenang peristiwa besar itu, pelbagai acara dan majlis diadakan oleh kerajaan Aceh. NGO Pertubuhan Sabar Bersama Rakyat Malaysia (BARA) antara dijemput oleh Gabenor Acheh menghadiri salah satu program Memperingati Peristiwa Tsunami Acheh yang diadakan di halaman depan ...
KUALA LUMPUR– Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang masalah kesihatan rakan sejawatnya dari Indonesia sebelum disanggah oleh negara jiran itu adalah tindakan yang janggal dan memalukan. Anwar Ibrahim mendakwa Presiden Indonesia, Probowo Subianto mengalami demam selepas pertemuan mereka pada 23 Disember di Pulau Langkawi tidak berlaku seperti dijadualkan. Kenyataan Anwar kemudian dinafikan oleh Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra ...
Laporan: Fatimoh Ja'ae PATANI- Pihak berkuasa mula memasang dan menaikkan bendera merah di Bandar Patani sebagai tanda amaran gelombang banjir besar kepada penduduk. Bendera merah itu mula dipasang hari ini ketika wilayah Patani, Yala dan Narathiwat sudah mula dinaiki air. Bendera merah itu membawa maksud gelombang banjir bakal melanda bandar Patani dalam tempoh enam hingga lapan jam, dan penduduk ...
PATANI- Wilayah Patani Darussalam mula dilanda banjir besar, hari ini. Kawasan-kawasan kampung, pekan dan bandar yang terlibat di tiga wilayah Patani iaitu Yala, Patani dan Narathiwat dinaiki banjir ekoran peralihan Monsun Timur Laut sejak pagi tadi. Sebahagian sekolah dan madrasah dalam tiga wilayah berkenaan tidak terlepas daripada dinaiki banjir menyebabkan sesi pengajian terpaksa dihentikan. Bah di selatan Thailand seperti kebiasaannya ...