Laporan: Fatimoh Ja'ae PATANI-Operasi memburu penduduk Patani yang dituduh mempunyai kaitan dengan kumpulan pembebasan Patani Darussalam semakin dipertingkatkan oleh pasukan keselamatan Thailand, susulan tuduhan mereka terhadap kumpulan pejuang mendalangi serangan di Tanjung Mas, Narathiwat pada 22 Julai lalu. Beberapa penduduk tempatan dilaporkan ditahan dalam operasi yang dijalankan sejak hujung Julai lalu dengan pasukan keselamatan menyasarkan pemuda tempatan tanpa sebarang bukti kukuh. ...
KUALA LUMPUR -Thailand menuduh seramai 13 individu yang dipercayai terlibat dalam serangan sehingga mengorbankan lima anggota Renjer Thailand di Tanjung Mas, Narathiwat pada 22 Julai lalu, bersembunyi di Malaysia. Perkara itu dikongsikan oleh wartawan Patani, Tuwaedaniya Meringing kepada umum. Menurut beliau, Menteri Pertahanan Thailand telah berkunjung ke Kuala Lumpur bagi mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Malaysia berhubung insiden berkenaan. "Menteri ...
PATANI -Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) menegaskan bahawa Malaysia tidak wajar dikaitkan dengan dakwaan memberikan sokongan atau pembiayaan kepada kumpulan pejuang Patani tanpa bukti yang kukuh dan boleh disahkan. Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Presidennya, Kasturi Mahkota, PULO memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum dakwaan yang cuba mengaitkan Malaysia sebagai pihak yang menyokong atau membiayai perjuangan Patani. Menurut PULO, sebarang ...
PATANI -Hak Asasi Manusia Patani (HAMP) mendakwa undang-undang darurat tentera telah dikuatkuasakan di wilayah Narathiwat dan memberi kuasa yang lebih luas kepada pasukan keselamatan untuk menjalankan operasi terhadap suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pejuang Patani. Menurut HAMP, pihak berkuasa dibenarkan mengambil tindakan, termasuk melepaskan tembakan terhadap suspek dalam keadaan yang diperuntukkan di bawah undang-undang tersebut. HAMP menyifatkan undang-undang ...
Laporan: Manaff Kersek PATANI -Serangan terbuka yang mengorbankan lima anggota Renjer Thailand di Tanjung Mas, Narathiwat disifatkan bertentangan dengan corak serta taktikal operasi yang lazim digunakan oleh kumpulan pejuang Patani, termasuk dua organisasi berpengaruh iaitu PULO dan BRN. Presiden PULO, Wabatopatan Ismail (K.M.), berkata sehingga kini tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan insiden berdarah itu dengan pejuang-pejuang Patani. Beliau menegaskan ...
Laporan Wartawan RENTAS7 Patani: Fatimoh Ja'ae PATANI -Tanpa mengemukakan sebarang bukti, petunjuk mahupun hasil siasatan rasmi, Ketua Turus Tentera Darat Thailand, Jeneral Chaiphruek Duangpraphat, dilihat tergesa-gesa apabila terus mengaitkan kumpulan pejuang dengan insiden yang mengorbankan lima anggota Renjer Thailand termasuk mencederakan beberapa orang awam di Tanjung Mas, Narathiwat pada 22 Julai lalu. Lebih membimbangkan, beliau yang juga Setiausaha Pemerintah Operasi ...
NARATHIWAT -Ledakan bertalu-talu dari muncung senjata api memecah kesibukan jalan raya di kawasan perbandaran Tanjong Mas, Daerah Ra-ngae, Wilayah Narathiwat, petang semalam apabila sekumpulan penyerang melancarkan serangan terbuka ke atas sebuah pos pemeriksaan keselamatan. Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang waktu tempatan semalam (22 Julai 2026) Pos Pemeriksaan Perbandaran Bukit Sami yang berada di bawah kawasan operasi Kompeni Renjer 4509 ...
NARATHIWAT- Pihak berkuasa Thailand sedang memburu sekumpulan individu yang disyaki membakar sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di Daerah Cho Airong, Wilayah Narathiwat, dalam kejadian yang berlaku lewat malam 18 Julai. Menurut polis, laporan mengenai insiden itu diterima daripada ketua Kampung Mukim 7 selepas kamera CCTV di persimpangan tiga Kampung Lubo Yoe dibakar oleh individu yang tidak dikenali. Pasukan keselamatan dan ...
PATANI -Salah satu kumpulan pejuang Patani, BRN menggesa masyarakat awam sentiasa berhati-hati ketika berada di tiga wilayah khususnya lokasi yang berpotensi meragut nyawa . BRN dalam satu kenyataan menyatakan, Sekretariat Rundingan Damai BRN memandang serius perkembangan mutakhir ini yang menyaksikan peningkatan tindakan ketenteraan kawasan konflik di Patani. Menurutnya, keadaan ini mencerminkan bahawa konflik masih berterusan dan belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaian ...
Laporan: Yunus Soffat PATANI – “Di hari ini kita sudah buktikan, kita tidak akan takut, kita akan terus menerus, berderus sehingga syahid,” Begitu kata-kata penuh keramat yang dilaungkan dalam Himpunan Melayu Raya 1447H pada 3 Syawal, yang disambut dengan laungan Allahuakbar oleh puluhan ribu suara yang menyatu ke udara. Tekad yang dizahirkan itu menyatakan kesediaan rakyat Patani untuk bangkit ...













