KUALA KETIL- Dua tahfiz di Kuala Ketil terjejas banjir kilat ekoran limpahan air Sungai Ketil bermula malam tadi hingga hari ini. Tahfiz berkenaan ialah Maahad Al Iman Kampung Pantai Chicar dan Maahad Tahfiz Al Naim. Tiada kemalangan jiwa berlaku, namun ada barangan penghuni di Maahad Tahfiz Al Naim tidak dapat diselamatkan. Difahamkan, banjir kilat berlaku apabila Sungai Ketil tidak dapat ...

KUALA LUMPUR-Hasrat Thailand untuk menjadi tuan rumah Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki 2020 berkecai selepas tewas dalam undian bidaan. Menurut Asean Football, Thailand hanya memperoleh skor tiga undian berbanding Singapura yang menerima enam undian. Keputusan itu menyaksikan Singapura akan dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini. Thailand menerima undian dari negara Loas , Kemboja dan Myanmar. Manakala, ...

ALOR SETAR - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah berharap kerajaan tidak tergesa-gesa membuka sempadan darat Kedah-Thailand bagi tujuan pelancongan. Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pembukaan sempadan tidak boleh dibuat tergesa-gesa kerana ia memberikan impak besar kepada kesihatan rakyat Malaysia. "Ketika ini, telah kedengaran dari laporan media Thailand bahawa negara itu dalam perbincangan untuk membuka sempadan dengan ...

KUALA LUMPUR- Malaysia menyatakan ketegasan bahawa Laut China Selatan perlu bebas daripada sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Perkara itu dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dalam sidang video dengan rakan sejawatannya dari China, Jeneral Wei Fenghe, siang tadi. "Kami turut menyentuh mengenai Laut China Selatan yang menyatakan pendirian tegas Malaysia bahawa semua pihak mesti menghindari sebarang tindakan ...

KUALA LUMPUR - Dakwaan China kononnya Laut China Selatan milik mereka sejak zaman kuno jelas tidak berasas. Tuntutan China yang bersandarkan dakwaan kesemua pulau-pulau di Laut China Selatan milik negara itu boleh disifatkan satu pembohongan besar. Ini berikutan penemuan sepucuk surat kerajaan Dinasti Qing kepada pihak British pada tahun 1899 yang menafikan Laut China Selatan milik negara itu. Memetik halaman ...

KUALA KETIL- Seorang lelaki ingin menjual sebuah lukisan antik (gambar) dengan harga RM50,000. Pemilik lukisan antik, Mohd Zukhi Ghazali, 55, berkata, lukisan yang memaparkan pemandangan di sebuah kampung nelayan itu telah berusia lebih 50 tahun. "Lukisan ini dibeli oleh arwah ayah saya. Tarikh lukisan dan nama pelukisnya ada tertera pada gambar. "Saya sangat sayang dengan lukisan ini tetapi mahu melepaskannya ...

PATANI - Pemuda Kampung Nakho Hilir tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila menerima sumbangan peralatan sukan daripada media RENTAS7. Sumbangan dalam bentuk tunai itu dibuat baru-baru ini. Jurucakap Media RENTAS7 Wilayah Patani, Sofia Harun berkata, pihaknya tampil menyumbang tunai selepas mendapat tahu anak-anak muda di kampung berkenaan amat memerlukan kelengkapan sukan untuk pasukan bola mereka. Menurutnya, kewangan mereka bagaimanapun terhad untuk ...

KUALA LUMPUR- Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier Satu bakal ditempuhi skuad kebangsaan pada Oktober depan. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe dijadual bertemu Jordan di ranking ke-93 dunia pada 6 Oktober dan bertemu Uzbekistan di ranking ke-84 dunia pada 9 Oktober. Kedua-dua perlawanan itu akan diadakan di Amman Jordan. Menerusi dua perlawanan itu, Tan Cheng Hoe dilihat serius mempersiapkan pasukannya menghadapi ...

KUALA LUMPUR- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menuntut Menteri Besar Kedah mengemukakan bukti berdokumen susulan dakwaannya terhadap pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) berjumlah RM13 juta ke satu akaun di Kanada. Ketua Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Muhammad Sanusi Md Nor diminta menjelaskan dakwaan yang mengaitkan zaman bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu ...

KUALA LUMPUR-Majlis undian Piala AFF Suzuki 2020 tampak sengit apabila skuad kebangsaan diundi bersama seteru utamanya, Indonesia dalam Kumpulan B. Menambahkan lagi kehangatan apabila Vietnam yang dua kali mengecewakan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 Kumpulan G diundi bersama Harimau Malaya. Pada saingan kelayakan berkenaan, Malaysia tewas 1-0 di Hanoi dan tewas 2-1 kepada Vietnam ...