ALOR SETAR- Pekan Mahang  yang bersempadan Bukit Bertam Negeri Perak yang kebiasaannya meriah dengan aktiviti perniagaan kini ibarat pekan 'mati'. Ia sunyi tanpa aktiviti sosial di kalangan penduduk setempat. Ini kerana penduduk di kedua-dua buah negeri mengambil sikap patuh dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan RENTAS7 petang tadi di sempadan Kedah-Perak mendapati peniaga warung dan ...

KUALA LUMPUR-Novel Guruh Mimpi yang bakal berada di pasaran dalam masa terdekat membawa mesej tersirat berkaitan keamanan di Patani Darussalam. Guruh Mimpi membawa kisah seorang pemuda, Ismaair yang bertekad mencari semula ayahnya, Abdulloh yang hilang tanpa khabar berita lebih sedekad lalu. Niat Ismaair tidak disenangi ibunya, Mek Ya. Bagaimanapun Mek Ya dalam keterpaksaan tidak mampu menghalang misi Ismaair mencari Abdulloh. ...

KUALA LUMPUR- Kerajaan masih mempunyai sokongan melebihi 110 majoriti tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media dikeluarkan Istana hari ini. "Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi ...

KUALA LUMPUR- PAS mendokong Sistem Raja Berperlembagaan kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. (Gambar) "PAS tegas mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. "PAS berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam mendokong semua keputusan yang telah diputuskan oleh kabinet,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu ...

KUALA LUMPUR- Tindakan kerajaan membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang Dipertuan Agong (YDPA), Al Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah jelas menghina pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen. Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Datuk Mustaffa Idrus berkata, kenyataan YDPA yang melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat pada 26 Julai lalu menggambarkan kerajaan hari ini menderhaka kepada Seri ...

KUALA LUMPUR-Jepun membelasah gergasi Eropah, Perancis 4-0 tanpa belas kasihan bagi perlawanan terakhir Kumpulan A Sukan Olimpik Tokyo di Stadium Antarabangsa Yokohama malam ini. Keputusan itu membolehkan Jepun mengumpul sembilan mata penuh selaku Juara Kumpulan A. Gol-gol Jepun dijaringkan Takefusa Kubo minit ke 27, Hiroku Sakai minit ke-34, Koji Miyoshi minit ke-70 sebelum Daizen Maaeda menambah jaringan pada masa tambahan ...

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan kerajaan terlalu bergantung kepada vaksin tanpa memberi perhatian wajar menangani COVID-19. Justeru itu Najib berkata, beliau mempunyai cadangan untuk dibawa ke Parlimen pada hari Khamis bagi meredakan dengan pantas keadaan yang amat perit, muram dan seram ketika ini. Beliau berkata, kes aktif sudah mencecah 170,000 rekod tertinggi setakat hari ...

KUALA LUMPUR- Sejumlah rokok tidak bercukai dan bedak tanpa kelulusan bernilai 9 juta dirampas Pasukan Polis Marin dalam sebuah gudang di Taman Klang Jaya, Selangor, baru-baru ini. Komander PPM DCP Yusoff Mamat berkata, pasukan PPM Pelabuhan Klang melakukan serbuan di lokasi terbabit pada jam 10.45 pagi selepas menerima maklumat menerusi Ops Kontraband. "Pasukan serbuan telah pergi ke lokasi gudang tersebut ...

ALOR SETAR-Peningkatan kes positif COVID-19 mendadak di Kedah perlu ditangani segera dengan tanggungjawab bersama di antara rakyat dengan pemimpin. Pengerusi, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Mustaffa Idrus berkata, kes harian sebanyak 1216 kes dicatatkan Kedah pada hari ini sangat mendukacitakan. "Semua pihak perlu bertanggungjawab sekarang, baik kamu pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang mahupun rakyat. "Bila sudah namanya pemimpin, kamu perlu ...

BALING - Seorang lelaki dari Taman Abadi di sini patah tulang kecil belakang leher akibat kemalangan jalan raya. Ayah mangsa, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, anaknya Abdul Hakim Khan, 22, yang memandu kereta terbabas selepas cuba mengelak motosikal yang keluar dari sebuah simpang. "Keadaan anak sudah semakin pulih, terima kasih semua yang mendoakan," katanya. Musibah menimpa Abdul Hakim menarik simpati ...