KUALA LUMPUR-Wisma Putra akan memanggil Duta Filipina, Charles C. Jose pada Isnin ini susulan kenyataan kontroversi pemimpin negara itu terhadap Sabah. Setiausaha Luar Negeri Filipina, Teodoro Locsin Jr dalam hantaran Twitter baru-baru ini mengatakan Sabah bukan sebahagian Malaysia. Kenyataan itu disifatkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai tidak bertanggungjawab. "Ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan hubungan dua ...

BANDAR HILIR- Cubaan menyeludup sebanyak 1500 ekor burung murai kampung menggunakan dua bot fiber dari sini ke Indonesia digagalkan, awal pagi semalam. Dua bot berkenaan dinaiki dua lelaki berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI) beserta dua warga tempatan berusia antara 33 hingga 55 tahun. Mereka ditahan di kedudukan pada jarak kira-kira 1.9 batu nautika Barat Daya Pulau Besar, Melaka oleh ...

KUALA LUMPUR, – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia (MOSTI) dan Kementerian Sains dan Teknologi, China (MOST) telah menjalinkan hubungan rapat melalui pelbagai kerjasama khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Kerjasama ini terus diperkukuhkan pada semalam melalui satu dialog secara maya di antara Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin dan Menteri MOST China, Tuan Yang Terutama (TYT) Wang Zhigang. Mesyuarat yang julung ...

JITRA-Sejumlah 73 buah tabika dan tiga taska di parlimen Kubang Pasu, Kedah ditangguhkan operasi sementara bermula semalam ekoran kluster baharu PUI Sivagangga di daerah ini. Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah sebagai langkah awal pencegahan penularan Pandemik COVID-19. "Tindakan itu diambil berdasarkan kepada Standard Operating Procedure ...

BALING -Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan projek musang king di Gunung Inas yang mengakibatkan banjir kilat di daerah ini tidak mengikut kelulusan sebenar. Beliau berkata, kelulusan awal projek berkenaan ialah bagi pembangunan tanaman ladang hutan iaitu Timber Latex Clon (TLC) namun pihak syarikat bertindak melaksanakan projek musang king. Menurutnya, hutan yang digondol menghakis tanah dan pasir hingga ke ...

ALOR SETAR-  Sebahagian daripada Penyokong BN yang mengiringi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendengar keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam datang dari Kedah. Menurut sumber, para penyokong itu dibawa menggunakan enam buah bas dengan dua daripadanya dari Baling. "Antara penyokong UMNO Baling yang ke sana ialah dari Kampung Lalang dan beberapa lagi kampung di sekitar Siong. "Kita ...

BALING - Kerajaan negeri memberi jaminan operasi kuari batu kapur di Gunung Pulai tidak akan dilaksanakan. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri mempunyai beberapa opsyen pembatalan kuari kepada Yayasan Islam Kedah (YIK). Menurutnya, walaupun YIK telah membuat pengambilan jalan kuari, namun tanah berkenaan menjadi milik kerajaan. Katanya, antara opsyen yang ada ialah mencadangkan pemindahan operasi kuari ...

KUALA LUMPUR- PAS yakin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapat keadilan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "PAS yakin Datuk Seri Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya,"katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes rasuah tinggi. Beliau berkata, PAS mengambil sikap ...

KUALA LUMPUR-Ribuan penyokong yang berarak mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Mahkamah Tinggi hari ini dibimbangi boleh mencetuskan kluster terbaru. Mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila berhimpun dalam keadaan bersesak. Tinjauan di media sosial, netizen menuntut hukuman terhadap penyokong Najib yang tidak mematuhi SOP. Jeffery Lah berkata, mereka yang hadir ...

BALING- Pembukaan semula premis kedai makan diusahakan rakyat Thailand di negeri ini menjadi tanda tanya di sebalik pintu sempadan Malaysia-Thailand yang masih ditutup kepada umum. Tinjauan mendapati sudah ada kedai makan diusahakan rakyat Thai kembali beroperasi dalam negeri ini sedangkan ia ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Di tengah-tengah kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kes ...