BALING -Kerja-kerja tanah bagi membesarkan susur keluar di Jalan Kemajuan Pekan Baru Kupang, Kedah, bermula hari ini selepas permohonan penambahbaikan laluan itu diluluskan oleh pihak berkaitan. Pegawai Kawasan Zon 1 Kupang, Mohd Syahar Barkat Ali  ( gambar) berkata, permohonan berkenaan dikemukakan melalui Jabatan Kejuruteraan bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku di laluan keluar tersebut. Menurutnya, pembesaran susur ...

Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL- Sukaneka Maulidur Rasul 2026 berlangsung meriah di Surau Kampung Banggol Serdang hari ini, menghimpunkan kanak-kanak, muslimin dan muslimat dalam pelbagai acara yang mencetuskan keceriaan serta mengeratkan ukhuwah masyarakat. Program itu turut diserikan dengan kehadiran ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria, selaku tetamu jemputan. Acara bermula pada sebelah pagi dengan pertandingan mewarna dan cari kata ...

BALING -Pengerusi Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Kedah, Dato’ Dr Mustaffa Idrus, menyifatkan sambutan kemerdekaan di Dataran Taxi Baling yang menghimpunkan kira-kira 25,000 orang sebagai bukti bahawa semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat masih sangat utuh. Beliau berkata, kemeriahan sambutan itu bukan hanya untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan, tetapi menjadi ruang untuk rakyat daripada pelbagai latar belakang berkumpul dan menzahirkan rasa ...

Laporan: Ilyas Salleh   KUALA KETIL -Semangat gotong-royong terus disemarakkan apabila Muslimat Kampung Tembak B menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura yang berlangsung di Surau Al-Barakah, Kampung Tembak B, semalam. Program tersebut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti setempat yang berganding bahu menyiapkan sebanyak dua kawah bubur Asyura untuk diagihkan kepada masyarakat. Selain menikmati juadah bubur Asyura yang turut dicampurkan dengan ...

Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL -Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Baling terus komited memastikan kebajikan golongan uzur, pesakit kronik dan mereka yang memerlukan sentiasa mendapat perhatian. Mewakili Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad, wakil beliau, En. Hashimi Md Isa, telah mengadakan ziarah kebajikan ke lima buah keluarga di Kampung Tembak B dan Kampung Batu Lintang semalam. Antara yang diziarahi ialah ...

SUNGAI PETANI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar mencipta sejarah manis apabila muncul juara Kejohanan Bola Jaring Daerah Kuala Muda bagi kategori bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun yang berlangsung di Pusat Sukan Arena Amanjaya, semalam. Kejayaan membanggakan itu dicapai selepas pasukan SMK Sungai Layar berjaya menewaskan saingan daripada 29 buah sekolah lain dalam daerah Kuala Muda, sekali ...

  Laporan: Ilyas Salleh   KUALA KETIL -Semangat kerjasama dan perpaduan masyarakat terus terserlah apabila pemuda Kampung Paya Menora berganding bahu bersama masyarakat kampung menjayakan program gotong-royong membersihkan jalan mini tar di kampung tersebut pada Jumaat, 12 Jun 2026. Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu mendapat penyertaan penduduk setempat serta wakil daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun ...

SUNGAI PETANI- Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar yang berlangsung sempena sambutan Jubli Mutiara 30 tahun penubuhannya berjaya mencipta suasana penuh meriah, sekali gus mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat. Program yang dinanti-nantikan setiap tahun itu menyaksikan penglibatan aktif pelajar, guru, kakitangan sekolah serta alumni yang bersama-sama menjayakan kejohanan dengan semangat kesukanan dan kebersamaan yang ...

laporan : Ilyas Salleh KUALA KETIL– Suasana syahdu dan kegembiraan menyelubungi Surau Kampung Tembak B apabila hampir 400 jemaah, termasuk kanak-kanak, hadir menunaikan Solat Sunat Aidilfitri pagi tadi. Kebanyakan jemaah terdiri daripada anak-anak perantauan yang pulang dari ibu kota Solat tersebut telah diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Naim Dali yang turut menyampaikan khutbah Aidilfitri, mengingatkan para jemaah tentang kepentingan mensyukuri nikmat ...

  Laporan: Ilyas Salleh   KUALA KETIL – Program gotong-royong memasak tiga kawah bubur lambuk sempena Ramadan telah dianjurkan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) Kedah dengan kerjasama Yayasan Hasani di Surau An-Nur Kampung Binjul Dalam, semalam. Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara sukarelawan MRA dan masyarakat setempat, selain menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti gotong-royong bermula jam 9 ...