Bawa isu Gunung Pulai kepada Kementerian Alam Sekitar

BALING– Projek batu kapur Gunung Pulai belum mendapat kata putus secara hitam putih daripada kerajaan negeri sama ada ditangguh atau diteruskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (gambar kiri) berkata, oleh itu, usaha menangguhkan projek berkenaan akan diteruskan oleh setiap ADUN PAS.

Menurutnya, beliau bersimpati dengan penduduk kampung yang terpaksa bergolok gadai demi mempertahankan gunung berkenaan.

“Berdasarkan perkembangan mutakhir ini, kemungkinan besar usaha tersebut akan dipanjangkan kepada Kementerian Alam Sekitar”, katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Ribuan penduduk membantah projek berkenaan kerana ia bakal mengundang pencemaran terhadap alam sekitar dan manusia sekiranya dilaksanakan.

Untuk rekod, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.