Pejabat Kewangan Negeri Kedah bantu rakyat

Seorang warga emas diziarahi pada program berkenaan

KUALA KETIL– Penduduk sekitar kawasan Parit Panjang menerima durian runtuh apabila mendapat sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sumbangan itu merangkumi kewangan, bekalan makanan, peralatan kembali ke sekolah, buku-buku dan barangan ‘free market’.

Menurutnya, semua penerima terdiri daripada golongan memerlukan termasuklah pesakit terlantar.

Mansor kiri dan Isahak dari kanan menziarahi penduduk

“Seramai 50 penerima bekalan makanan, 7 pesakit terlantar dan 150 kanak kanak sekolah telah diraikan dan dilawati,”katanya yang turut serta dalam program berkenaan.

Penduduk menerima sumbangan di Kampung Bukit Endoi

Kenduri rakyat turut diadakan di Kampung Bukit Endoi.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Haji Isahak Murat dan Penghulu Teloi Kanan Muhammad Effy Izzuan Azni.

 

 

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.