KUALA LUMPUR-Penyerang lincah Thailand, Chanatip Songkrasin  memulakan latihan bersama kelab baharunya, Kawasaki Frontale kelmarin. Chanatip kelihatan ceria bersama rakan-rakan sepanjang latihan bersama Juara J1 League itu. Media melaporkan yuran perpindahan domestik pemain itu adalah yang tinggi dalam Liga Jepun dan berkemungkinan paling tinggi. RENTAS7 ...

KUALA NERUS-Sebuah mesin ATM di bangunan Outlet Sawari di sini yang sering tergendala menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang bagi urusan pengeluaran dan deposit tunai. Salah seorang pengguna memaklumkan yang enggan dikenali, sistem mesin berkenaan asyik tergendala setiap kali ingin digunakan. "Selalunya ia akan tergendala selama seminit. Tambahan pula hanya ada satu saja mesin ATM di bangunan ini. Bila jadi ...

KUALA LUMPUR-Penyerang prolifik Kemboja Chan Vathanaka menerima 50,000 USD dari Perdana Menteri negara itu, Sandech Hun Sen bagi merawat kecederaan lutut yang dialaminya lapor Asean Football. Pemain Kebangsaan Kemboja itu disahkan cedera ketika diturunkan kelabnya Boeung Ket FC dalam satu perlawanan persahabatan. Pemain itu terpaksa berehat antara enam hingga lapan bulan sekaligus terpaksa melupakan aksi bersama Kemboja bagi mengharungi kelayakan ...

PATANI-Dua anggota kumpulan pejuang pembebasan Patani terkorban hari ini. Kedua-dua anggota kumpulan BRN disahkan maut selepas bertempur dengan ratusan tentera Thailand. Difahamkan, sebelum itu tentera Thai terlebih dahulu melakukan serangan hendap ketika dua anggota berkenaan sedang beristirehat. Pertempuran berlaku di Kampung Bango Jingo Wilayah Menara. Tentera Thai terus menerima tekanan hebat daripada kumpulan Melayu Patani yang mahu menuntut kemerdekaan  negeri ...

KUALA LUMPUR-Vietnam yang sebelum ini gagal ke final Piala AFF Suzuki 2020 dilanyak Australia 4-0 dalam aksi kelayakan Kumpulan B Piala Dunia 2022 di tempat lawan hari ini. Keputusan itu meletakkan Wakil tunggal Asia Tenggara itu di kedudukan tercorot. Sementara itu, Jepun mengatasi China 2-0 di tempat sendiri sekaligus mengejar dua pasukan teratas iaitu Arab Saudi dan Australia untuk memburu ...

PATANI- Penduduk Kampung Nakho Hilir yang mempunyai masalah kesihatan menjalani pemeriksaan kesihatan percuma hari ini. Pemeriksaan oleh kakitangan hospital kerajaan itu diadakan di kampung berkenaan . Program itu bertujuan memudahkan penduduk untuk menyemak tahap kesihatan mereka tanpa perlu pergi ke hospital yang terletak di luar kawasan kampung. Rata-rata yang hadir terdiri daripada warga emas termasuk golongan muda.   RENTAS7 ...

KUALA LUMPUR-Timor Leste menggunakan peluang perlawanan persahabatan menentang Indonesia sebagai medan pendedahan kepada pemain muda yang bakal. Ia sebagai persiapan untuk skuad Belia mereka beraksi pada Piala AFF Bawah 23 tahun (B-23) yang dijadual berlangsung di Kemboja pada 14 hingga 25 Februari ini. Memetik Asean Football, kedua-dua pasukan akan berentap pada 27 dan 30 Januari ini di Indonesia dengan perlawanan ...

KUALA LUMPUR- Malaysia tidak ketandusan bakat muda dalam sukan bola sepak yang mampu menarik perhatian kelab luar negara. Buktinya, bakat seorang anak muda Malaysia berjaya memikat Kelab Suganda yang bermain dalam liga Sepanyol. Memetik Harimau Malaya di Facebook, Amar Makruf,19, dari Dungun Terengganu telah diikat selama dua musim oleh kelab tersebut. Pemain itu akan beraksi bersama skuad B-23 Segunda. RENTAS7/ ...

JOHOR BAHRU- Pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM87,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 awal pagi tadi. Serbuan Op khas sempena perayaan Tahun Baru Cina itu dibuat di kawasan Taman Puteri Wangsa di sini. Komander ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, sebuan pada jam 12.15 pagi telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang disyaki menyimpan sejumlah mercun bagi ...

KUALA LUMPUR-Penyerang Laos, Billy Ketkeophomphone (gambar) sah menyertai Sri Pahang, lapor Asean Football, hari ini. Kemasukan pemain berdarah kacukan Laos-Perancis itu bakal merancakkan lagi saingan Liga Super 2022. Penyerang berkenaan dimasukkan Laos pada kempen Piala AFF Suzuki 2022 namun gagal menyerlah. RENTAS7/ Foto: Asean Football ...