KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janji untuk bersumpah laknat hari ini. Najib bersumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat. Sumpah laknat itu dibuat Najib susulan dakwaan terkandung dalam Akuan Bersumpah (SD) anggota Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia. Berikut adalah isi kandungan ...

  KUALA LUMPUR- Seramai 1000 sukarelawan sedia membantu pihak berkuasa mengesan pelancong China dan India yang tinggal lebih masa di negara ini. Tawaran itu dibuat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Naib Presiden PUTRA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, akhbar pada 6 Disember lalu melaporkan pihak Imigresen akan mengesan lebih 76 ribu pelancong China dan lebih ...

BALING- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang dirawat di Hospital Baling sejak semalam. Pegawai khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad mengalami sesak nafas dan muntah-muntah di rumahnya di Kampung Pisang pada jam 2 pagi semalam. Menurutnya, Najmi (dua kanan dalam gambar) dihantar ke hospital selepas solat Subuh oleh pemandunya, Ramlie Ahmad,47. "Beliau ...

  PATANI- Ayah kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang maut ditembak di Bukit Tak Wey, daerah Ra-ngae Narathiwat kelmarin sedih apabila anaknya menjadi mangsa keadaan operasi tentera Thailand. Mangsa terkorban dikenali Manasee Ismail,27, Budiman Mali,26, dan Hapizii Madaoh,24. Ibrahim Mali ayah kepada Budiman Mali, menafikan penglibatan ketiga-tiga mangsa dalam kumpulan pemisah. "Saya yakin bahawa anak dan dua temannya bukannlah ...

  KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan sumpah laknat berhubung dakwaan mengaitkannya dengan pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu. "Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah (SD) yang dikeluarkan Azilah Hadri. "Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ...

  XINJIANG- Hanya etnik Uighur yang berumur lebih daripada 55 tahun dibenarkan bersolat dalam masjid. Pendedahan itu dibuat seorang rakyat Malaysia, Zikri Fuad yang berkesempatan berada di Xinjiang selama 17 hari bersama enam rakan lain. Mereka ketika itu menyertai misi menunaikan ibadah Haji dari Malaysia ke Makkah menaiki pacuan empat roda pada tahun 2017. "Saya, saudara Hj Jasmi Jantan dan ...

PATANI- Tentera Thailand mendakwa tiga individu yang maut ditembak di Bukit Tak Wey, Ra-ngae, wilayah Narathiwat adalah anggota Gerakan Patani Merdeka (GPM). Media melaporkan ketiga-tiga mangsa maut dalam operasi ketenteraan yang dijalankan di bukit berkenaan, semalam (16 Disember 2019). Dakwaan pihak tentera bagaimanapun dibantah penduduk yang mendakwa ketiga-tiga mangsa bukan anggota kumpulan pemisah. Tiga pemuda terkorban itu dikenali sebagai Budiman ...

  Penyakit Misteri yang selalu menyerang seorang lelaki akhirnya terbongkar apabila dia menemui bungkusan berwarna kuning dalam biliknya. Menerusi perkongsian lelaki bernama Pak Tam Kuis di Facebooknya hari ini, kejadian itu dialami sendiri olehnya. "Paktam selalu bila masuk bilik hati jadi tidak tenang dan tenteram sejak balik bekerja di kedah. "Kadang-kadang secara tiba-tiba diserang sakit misteri sampai masuk wad, tetapi ...

BALING- Lima buah rumah hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Benggali, Seberang Pekan, petang tadi. Kejadian berlaku dalam lingkungan jam 2.45 petang itu memusnahkan kediaman milik empat keluarga dan sebuah rumah tidak berpenghuni. Menurut sumber mangsa, kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas dari sebuah rumah terlibat. "Kejadian berlaku dengan cepat, api kemudian merebak ke kediaman lain tetapi pihak bomba dapat ...

BALING- Pasukan vateran Malinja FC berpesta gol apabila membelasah pasukan vateran Sungai Teluk Durian 5-0 dalam perlawanan Kumpulan B, Liga Sepak Persahabatan Piala ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad. Perlawanan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang, petang semalam. Malinja FC menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama dan menambah dua lagi gol di separuh masa ...