Warisan sokong usaha bebas 130,000 rakyat daripada muflis

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Usaha kerajaan membebaskan 130,000 rakyat daripada status muflis amat wajar kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Warisan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Biro Perhubungan Awam Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus.

Beliau berkata, usaha itu dapat mengurangkan beban ditanggung oleh individu yang telah diisytiharkan muflis.

“Ramai daripada mangsa adalah orang Melayu. Bagi Warisan Kedah usaha ini wajar dipuji kerana ia membantu saudara seagama dalam kesusahan hutang.

“Kami mengalu-alukan usaha diambil kerajaan. Kita harap perkara ini diluluskan dalam Bajet 2023 ini,”katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2023 dalam Dewan Rakyat minggu lepas menyebut kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis setelah pindaan Akta Insolvensi 1967 diluluskan.

Menurut Perdana Menteri, kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa singkat serta merta pada 1 Mac ini selepas akta berkenaan dipinda.

Ia bagi kes-kes kecil yang mempunyai hutang kurang RM50,0000 dan memenuhi syarat.

Sementara itu, Mustaffa menasihati orang ramai supaya tidak terjerat dengan hutang bank atau meminjam wang dengan ahlong.

“Jangan biasakan diri dengan meminjam wang sehingga akhirnya terikat dengan riba dan tidak mampu bayar.

“Apabila sudah diisytiharkan muflis akan lebih memburukkan keadaan sehingga boleh membawa masalah rumah tangga,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.