Bayi bertali pusat dipaksa berjalan

INDIA– Seorang dukun melakukan kaedah perubatan pelik terhadap bayi lelaki berusia dua hari apabila memaksanya berjalan!

Berdasarkan laporan NDTV yang dipetik Dream, kejadian tersebut berlaku di Assam Morigaon .

Bayi masih lagi berwarna kemerahan itu  didakwa mengalami demam selepas bersalin.

Khuatir dengan keadaan menimpa anak mereka, ibu bapa bayi malang tersebut memanggil dukun berusia 50 tahun dan dikenali “doktor” di desa itu untuk merawat.

Dukun terbabit dilaporkan memegang leher bayi yang dipercayai masih lagi bertali pusat, kemudian memaksanya berjalan beberapa langkah menyebabkan ia meraung menangis.

Adegan tersebut menarik minat ramai untuk datang menyaksikan kaedah rawatan pelik itu.

Dukun berkenaan segera menghentikan rawatan aneh tersebut setelah menyedari perbuatannya dirakam salah seorang penduduk menggunakan talefon pintar.

Ia bagaimanapun sudah terlambat, video berkenaan tersebar luas dan akhirnya si dukun ditangkap polis.

Bayi itu pula dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Walaupun kejadian itu dikatakan berlaku pada 20 Mei 2015, namun tindakan pelik dan menyiksa bayi tidak wajar berlaku sama sekali.

India walaupun terkenal dalam melahirkan doktor perubatan pakar, namun masih ramai rakyatnya mempercayai rutin dan kepercayaan pelik .

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.