PATANI- Pada usia 84 tahun, seorang warga emas masih setia terus menabur bakti di masjid. Malah, lelaki berkenaan adalah antara jemaah paling awal datang ke masjid sebelum masuknya waktu solat. Hamad Dawi (gambar) dari Kampung Naka Hilir di sini akan menunggang motosikal ke Masjid Darussalam yang terletak lebih 200 meter dari rumahnya. Sementara menunggu azan dilaungkan, warga emas yang bertugas sebagai ...
KUALA KETIL- Tindakan seorang lelaki membakar longgokan pelepah kelapa sawit di halaman rumahnya di Putaran Jaya di sini malam ini mencetuskan panik. Ia berikutan api tiba-tiba marak dan hampir menyambar pokok-pokok kelapa sawit yang berdekatan sebuah rumah, dangau, tiang elektrik dan garaj membasuh kereta. Penduduk, Rahman Hashim,48, berkata, kejadian itu menyebabkan api berkenaan terpaksa dipadam oleh tiga individu termasuk dirinya. ...
SIK- Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi FRB dan Kelab Motosikal Kedah DG Bikers menyampaikan sumbangan berupa pakaian dan kelengkapan sekolah kepada 35 orang murid, di sini hari ini. Murid-murid yang terdiri daripada anak anak miskin, daif dan yatim itu menerima baju, seluar, stokin, kasut dan bag sekolah serta beberapa helai pakaian sukan. Pengarah program, Abdul Tauwab Che Ahmad ketika ditemui berkata ...
BALING- Bantuan jiran menyelamatkan sebuah rumah penoreh getah hangus terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Kampung Siputeh, awal pagi hari ini. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, ruang tamu rumah berkenaan terbakar akibat litar pintas sebelum api dipadam jiran-jiran berdekatan. Penoreh getah, Mohamad Radzi Ahmad,56, berkata, kejadian itu mengakibatkan dia mengalami kerugian sebanyak RM5,000. Menurutnya, tiada sesiapa di dalam rumah ketika ...
PATANI- Harga getah skrap pada paras 160 baht untuk sekilogram memberikan kesan sampingan kepada para peniaga. Rata-rata peniaga mengakui kejatuhan harga getah menyebabkan pendapatan kedai mereka turut merosot. Salah satu peniaga yang merasai tempias kejatuhan harga getah skrap adalah peniaga kedai runcit. Suthida Samoh,50 an dari Khokpo berkata, kejatuhan harga getah mempengaruhi corak perbelanjaan pembeli yang majoritinya penoreh getah. "Harga ...
KUALA LUMPUR- Polis dan Kementerian Dalam Negeri digesa menghalang demonstrasi bantahan khat dan jawi anjuran pertubuhan Dong Zong pada 28 Disember ini. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir Khairil Nizam berkata, sekiranya demontrasi itu berlangsung, DPPM percaya akan ada satu lagi demonstrasi balas. "Sudah pasti ia akan mencetuskan perpecahan, malah boleh menjangkau ke rusuhan kaum jika tidak dibendung. "DPPM ...
LAHORE- Seorang profesor universiti, Junaid Hafeez,33, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Pakistan hari ini kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W. AFP melaporkan, Junaid dijatuhkan hukuman berkenaan kerana menghina Nabi Muhammad di media sosial. Tindakan Junaid itu membawa kepada penahanannya pada 23 Mac 2013. Pakistan yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam memandang serius isu penghinaan agama. Difahamkan, peguam kepada Junaid iaitu Asad ...
BAITULMAQDIS- Perdana Menteri Israel, menyifatkan tanah Palestin yang mereka duduki secara haram selama ini bukan sebuah negara berdaulat. Kenyataan angkuh Benjamin Netanyahu itu merujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang dianggap tidak mempunyai kuasa menyiasat perang di Palestin. Ketua Pendakwa Rakya ICC sebelum ini memaklumkan bersedia untuk melakukan siasatan penuh terhadap dakwaan Jenayah perang dilakukan Israel. "Mahkamah ini tiada ...
PATANI- Tentera Thailand menyatakan kesilapan selepas menembak mati tiga lelaki yang sedang mencari rezeki di hutan di Bukit Tak Wey, Ra-ngae, wilayah Narathiwat pada 16 Disember lalu. Ketiga-tiga lelaki Muslim itu terbunuh dalam operasi ketenteraan yang menyasarkan kumpulan "pemisah" di bukit berkenaan. Tentera dilaporkan turut memohon maaf di atas insiden itu, sesuatu yang sangat jarang dilakukan tentera Thailand semenjak tercetus ...
KUALA LUMPUR- Ranking skuad negara kekal di kedudukan 154 dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), semalam. Kemas kini FIFA pada 28 November lalu menyaksikan Malaysia berada di kedudukan yang sama. Bagaimanapun kedudukan terkini itu meletakkan Malaysia di kedudukan lebih baik berbanding di ranking 167 dunia pada kemas kini FIFA Februari lalu. Sepanjang tahun ini Malaysia telah ...