Ayah sedih anak ditembak, jadi mangsa keadaan

 

PATANI– Ayah kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang maut ditembak di Bukit Tak Wey, daerah Ra-ngae Narathiwat kelmarin sedih apabila anaknya menjadi mangsa keadaan operasi tentera Thailand.

Mangsa terkorban dikenali Manasee Ismail,27, Budiman Mali,26, dan Hapizii Madaoh,24.

Ibrahim Mali ayah kepada Budiman Mali, menafikan penglibatan ketiga-tiga mangsa dalam kumpulan pemisah.

“Saya yakin bahawa anak dan dua temannya bukannlah anggota gerakan seperti menjadi berita,” katanya yang dipetik daripada media tempatan.

Tegasnya, anaknya bersama dua lagi rakannya yang maut pergi ke bukit berkenaan untuk menebang kayu.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan bergantung dengan hasil hutan dan bercucuk tanam sebagai sumber rezeki mereka selama ini.

Terdahulu, tentera Thailand mendakwa tiga individu terbunuh dalam operasi ketenteraan di bukit itu adalah anggota Gerakan Patani Merdeka.

Operasi berkenaan mencetuskan kemarahan penduduk kampung yang menuntut tentera menjelaskan perkara sebenar.

Penduduk kampung yang lebih mengenali secara dekat tiga mangsa terbabit turut mendesak anggota tentera terlibat dikenakan hukuman.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/4169-2/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.