Hati selalu tak tenang, rupanya ada…

 

Penyakit Misteri yang selalu menyerang seorang lelaki akhirnya terbongkar apabila dia menemui bungkusan berwarna kuning dalam biliknya.

Menerusi perkongsian lelaki bernama Pak Tam Kuis di Facebooknya hari ini, kejadian itu dialami sendiri olehnya.

“Paktam selalu bila masuk bilik hati jadi tidak tenang dan tenteram sejak balik bekerja di kedah.

“Kadang-kadang secara tiba-tiba diserang sakit misteri sampai masuk wad, tetapi selepas di periksa doktor tidak ada apa-apa.

“Kadang-kadang rasa bagai nak mati dan rungsing sangat-sangat,”katanya yang juga pengajar pembuatan sabun.

Pak Tam berkata, misteri menimpanya terjawab apabila sahabatnya menyedari ada sesuatu di dalam bilik berkenaan.

“Alhamdulillah.. hari ini dengan izin Allah, terjawab segala-galanya, rupanya ada sihir di dalam bilik Pak Tam.

“Pak Tam mula menggeledah di celah-celah susunan buku dalam bilik paktam, seram sejuk juga dibuatnya,”katanya.

Kongsinya lagi, dia yakin terdapat sihir di bilik tersebut apabila bulu romanya meremang dengan tiba-tiba.

“Perasaan hati pula masa cari memang rasa kuat mengatakan sihir ini memang ada di kawasan ini.

“Sebab berdiri bulu roma. Selepas hampir 10 minit, akhirnya takdir Allah memang jumpa,”katanya.

Kata Pak Tam yang turut mempunyai asas perubatan Islam, hatinya merasakan lapang dan tenang selepas bungkusan tersebut dibuang.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.