Najib tunai janji sumpah laknat

KUALA LUMPUR– Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janji untuk bersumpah laknat hari ini.

Najib bersumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat.

Sumpah laknat itu dibuat Najib susulan dakwaan terkandung dalam Akuan Bersumpah (SD) anggota Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia.

Berikut adalah isi kandungan sumpah laknat berkenaan:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim

Pada hari ini 20 Disember 2019 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441H, di dalam rumah Allah SWT yang mulia dan pada hari Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah

A’uzubillahi minas syaitonirojim
Bismillahirrahmanirrahim
Wallahi, wabillahi, watallahi

Alhamdulillah sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu.

Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali.

Jika saya berdusta, maka laknat Allah SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Najib pada 18 Disember lalu membuat kenyataan terbuka untuk melakukan sumpah laknat berkenaan.

Rentas7.com

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.