KUALA KETIL- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) mengambil pendekatan meringankan beban kewangan mahasiswanya dengan melancarkan program menu nasi bajet dan nasi bujang. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Rohani Desa berkata, setiap set menu makanan berat dan berkhasiat itu dijual pada harga RM3 hingga RM5 bersama air. "Menu bajet ini juga boleh didapati ...

KUALA KETIL- Sepasang suami isteri terlibat kemalangan jalan raya diziarahi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria. Mansor mengunjungi mereka di Kampung Batu Lintang semalam . Kata Mejar Mansor, musibah menimpa pasangan itu diketahuinya sewaktu menghadiri Muktamar PAS baru-baru ini. "Suami isteri luka habis seluruh badan. Bila ditanya macam mana boleh berlaku, jawabnya tak tahu camna berlaku, ...

BUKIT BUNGA-Mencari pakaian sukan dengan harga murah? Planet Budget Marketing (gambar) di Bukit Bunga Kelantan ialah tempat sesuai untuk anda. Pelbagai pilihan jersi dan seluar sukan variasi saiz boleh didapati di sini. Selain itu, Planet Budget Marketing menjual pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kesemua yang dijual ialah pakaian baharu - pembeli boleh mendapatkan baju atau seluar idaman dengan harga amat ...

KOTA TINGGI – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah merasmikan program Karnival STEM Merdeka bersempena Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 yang diadakan di Pusat Informasi dan Pelancongan Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini. Pada penganjuran acara kemuncak Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 di Johor ini, Dr. Adham Baba mengumumkan kejayaan Minggu Sains Negara yang ...

KUALA TERENGGANU - Sikap pengunjung Pantai Bari Kecil yang membuang sampah di kawasan umum termasuk berhampiran kawasan perkuburan Islam sangat mengecewakan. Tinjauan RENTAS7 pada semalam mendapati terdapat longgokan sampah ditinggalkan di bawah pokok termasuk bersebelahan pagar tanah perkuburan Islam. Hal sedemikian amat menyedihkan kerana sikap seumpama itu seolah-olah tidak menghormati 'penghuni' kubur. Justeru, pihak berkuasa disaran menyediakan kemudahan tong sampah ...

Laporan: Ilyas Salleh KULIM - Para murid Tadika Bitara Ilmu, Sungai Karangan mempamerkan kreativiti masing-masing dalam pertandingan dianjurkan sempena Hari Kebangsaan yang disambut pada semalam. Seramai 60 peserta telah terlibat dalam program dianjurkan di Taman Permainan Desa Cinta Sayang. Pelbagai kategori dipertandingkan antaranya Busana Kanak-Kanak, Basikal Tercantik, Payung Tercantik, Huru-Hara Kehidupan dan Mahligai Cinta. Pertandingan dianjurkan meriah dengan sokongan ibu-bapa ...

BANTING - Kreativiti ditampilkan adik Airis Annisa Mohd Saad membolehkannya memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Busana Cantik. Program anjuran Sekolah Kafai Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang Banting, Selangor sempena Bulan Kemerdekaan itu diadakan, semalam. Tampil dengan baju kurung, kain batik, kain kelubung serta beberapa perhiasan lain, Adik Airis berusia lapan tahun kelihatan bergaya dengan pakaian yang menutup aurat. Program ...

BAGAN SERAI-Kerinduan kepada bumi Mekah dan Madinah pasti akan terubat selepas terpilih menjadi tetamu ALLAH untuk mengerjakan ibadah umrah. Sebelum ini hajatnya tidak kesampaian dan terhalang untuk ke sana kerana penularan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. Perasaan itu tidak dapat disembunyikan Ustazah Raihan Omar tatkala melangkah keluar dari rumah dengan rasa sebak bercampur gembira. Beliau bersama suami, Mohammad Asri ...

  Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL -Budaya mengacau bubur Asyura terus subur dan dihidupkan oleh Muslimat Pas cawangan Kampung Tembak B hari ini. Program bertempat di Surau Al-Barakah Kampung Tembak B itu melibatkan penyertaan seramai 20 orang. Dua kawah bubur Asyura dimasak menerusi konsep gotong royong mulai jam 9 pagi. Ia kemudian diagihkan kepada penduduk kampung pada jam 12.30 tengah ...

  Laporan: Ilyas Salleh BALING - Seramai 150 penduduk dalam Dun Kuala Ketil diberikan pendedahan berkaitan hak pengguna dalam Program Jelajah Kepenggunaan Negeri Kedah Tahun 2022 hari ini. Program anjuran KPDNHEP dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kuala Ketil itu diadakan Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK). Empat teras utama penganjuran program berkenaan ialah memberikan pendidikan dan pengetahuan secara ...