Busana Adik Airis menang tempat kedua

Airis tiga dari kanan bergambar bersama peserta yang lain

BANTING – Kreativiti ditampilkan adik Airis Annisa Mohd Saad membolehkannya memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Busana Cantik.

Program anjuran Sekolah Kafai Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang Banting, Selangor sempena Bulan Kemerdekaan itu diadakan, semalam.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program berkenaan

Tampil dengan baju kurung, kain batik, kain kelubung serta beberapa perhiasan lain, Adik Airis berusia lapan tahun kelihatan bergaya dengan pakaian yang menutup aurat.

Program itu disertai 300 orang murid dengan pelbagai jenis pertandingan telah dianjurkan.

Jalur Gemilang turut menghiasi dan dikhibarkan dalam program yang penuh dengan warna-warni pakaian tradisional para peserta itu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.