Tak hormati penghuni kubur

Sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung Pantai Bari Kecil

KUALA TERENGGANU – Sikap pengunjung Pantai Bari Kecil yang membuang sampah di kawasan umum termasuk berhampiran kawasan perkuburan Islam sangat mengecewakan.

Tinjauan RENTAS7 pada semalam mendapati terdapat longgokan sampah ditinggalkan di bawah pokok termasuk bersebelahan pagar tanah perkuburan Islam.

Hal sedemikian amat menyedihkan kerana sikap seumpama itu seolah-olah tidak menghormati ‘penghuni’ kubur.

Sampah sarap yang dibuang bersebelahan pagar tanah perkuburan Islam

Justeru, pihak berkuasa disaran menyediakan kemudahan tong sampah yang dilihat tidak disediakan di kawasan berkenaan.

Sampah ditinggalkan di bawah pokok Pantai Bari Kecil

Dalam masa sama, lokasi kawasan perkuburan yang sangat dekat dengan pantai mengundang persoalan apakah akan berlaku hakisan pada tebing pantai.

Diharap, keadaan ini dapat diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.