Muslimat Pas kacau dua kawah bubur Asyura

Bubur Asyura dimasak diagihkan kepada penduduk kampung

 

Laporan: Ilyas Salleh

KUALA KETIL -Budaya mengacau bubur Asyura terus subur dan dihidupkan oleh Muslimat Pas cawangan Kampung Tembak B hari ini.

Program bertempat di Surau Al-Barakah Kampung Tembak B itu melibatkan penyertaan seramai 20 orang.

Dua kawah bubur Asyura dimasak menerusi konsep gotong royong mulai jam 9 pagi.

Ia kemudian diagihkan kepada penduduk kampung pada jam 12.30 tengah hari.

Hadir sama adalah Naib Ketua Muslimat PAS cawangan Kampung Tembak B, Habsah Hassan.

Menurutnya, amalan tradisi perlu dipupuk agar menjadi warisan generasi akan datang sebagai wadah mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk.

“In syaa Allah, kita mahu ia terus kekal dan tidak dilupakan. Amat menyedihkan jika warisan pupus ditelan zaman jika tidak dipupuk dan disemai dalam generasi muda, ” katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.