Laporan: Ilyas Salleh
KULIM – Para murid Tadika Bitara Ilmu, Sungai Karangan mempamerkan kreativiti masing-masing dalam pertandingan dianjurkan sempena Hari Kebangsaan yang disambut pada semalam.
Seramai 60 peserta telah terlibat dalam program dianjurkan di Taman Permainan Desa Cinta Sayang.
Pelbagai kategori dipertandingkan antaranya Busana Kanak-Kanak, Basikal Tercantik, Payung Tercantik, Huru-Hara Kehidupan dan Mahligai Cinta.
Pertandingan dianjurkan meriah dengan sokongan ibu-bapa dan guru sekaligus merakam memori indah buat semua yang hadir.
Dalam pertandingan itu, Adik Nur Iffah Haura Mohd Hamirul meraih juara dalam pertandingan Payung Berhias dan tempat keempat bagi kategori Busana Kemerdekaan.
Pada kategori Busana Kanak-Kanak Merdeka, Adik Nurul Ayduha Huwaida mendapat tempat pertama dan Adik Alana Raudhah Ain merangkul johan dalam kategori Huru-Hara Kehidupan.
RENTAS7
Leave a Reply