Malaysia sertai COVID-19 vaccine global access (COVAX) bagi dapatkan vaksin

Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia akan menyertai COVID-19 vaccine global access (COVAX) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin COVID-19 yang diperlukan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia dengan The Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI) yang mengendalikan COVAX.

“Kerajaan Malaysia juga sedang menyediakan perjanjian bagi menyertai
Coalition for Epidemic and Preparedness Innovations (CEPI) serta perjanjian government to government (G2G) bersama kerajaan China untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal di negara tersebut.

“Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan Malaysia, juga telah menandatangani non-disclosure agreement dengan beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa yang sedang menguji vaksin COVID-19 di peringkat fasa ketiga untuk berunding bekalan vaksin yang bakal
mendapat kelulusan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pendekatan Malaysia dengan menyertai COVAX, menjalinkan kerjasama strategik dengan negara lain dan berunding terus dengan syarikat- syarikat farmaseutikal akan memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin yang mencukupi dan pada kadar yang segera dengan harga yang berpatutan apabila vaksin tersebut terbukti selamat serta berkesan.

Khairy Jamaluddin berkata, MOSTI akan menyelaraskan perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.