Perebutan lebih dasyat apabila Muhyiddin berundur

Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dikekalkan hingga PRU-15 bagi mengelakkan krisis politik di negara ini berulang.

Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan, Parlimen akan terbubar sekaligus mengheret negara seperti krisis politik setelah Tun Dr Mahathir Mohammad meletakkan jawatan pada tahun lalu.

“Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen, akan berlaku juga kancah politik yang tidak dapat diatasi.

“Sebaliknya akan menjadi perebutan kuasa antara antara kem Tun Dr Mahathir, Kem Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kem Datuk Seri Zahid Hamidi dan lain-lain,”katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, keadaan yang berlaku itu akan menyebabkan negara semakin kelam-kabut.

“Hal ini akan merosakkan perancangan segala susun atur kerajaan terutamanya berkaitan progam suntikan vaksin, semua yang telah disusun atur akan menjadi kelam-kabut.

“Lebih baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang tampuk kepimpinan negara sehinggalah seperti yang beliau janji iaitu Julai 2022 bagi mengadakan pilihan raya selepas pembubaran Parlimen,”katanya.

Beliau berkata, demi keselamatan negara dan rakyat, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu lebih keras dengan pembangkang.

“Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan Jawatan kepada Pakatan Harapan, saya cakap terus terang keadaan akan menjadi kelam-kabut.

“Setakat pemerintahan PN kita lihat bantuan-bantuan kepada rakyat berjalan lancar, yang kelam kabut adalah geng-geng politik yang kalut nak jadi Perdana Menteri.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.