UniSHAMS lancar nasi bajet bantu mahasiswa

Dr. Rohani tengah merasmikan program berkenaan

KUALA KETIL– Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) mengambil pendekatan meringankan beban kewangan mahasiswanya dengan melancarkan program menu nasi bajet dan nasi bujang.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Rohani Desa berkata, setiap set menu makanan berat dan berkhasiat itu dijual pada harga RM3 hingga RM5 bersama air.

“Menu bajet ini juga boleh didapati secara percuma melalui tajaan staf universiti dan orang ramai,”katanya yang dipetik daripada Facebook rasmi UniSHAMS.

Terdahulu, Dr Rohani merasmikan majlis pelancaran menu bajet di Cafe UniSHAMS pada 12 September lalu.

Orang ramai ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Bendahari UniSHAMS melalui akaun Bank Islam 02011010034994 (UniSHAMS Sdn. Bhd.) dan rujukan perbankan internet SUMBANGAN NASI BAJET

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.