Penduduk Kuala Ketil didedahkan hak kepengunaan

Affendi Rajini Kanth menerima cenderahati daripada Halim (kanan) pada program tersebut

 

Laporan: Ilyas Salleh

BALING – Seramai 150 penduduk dalam Dun Kuala Ketil diberikan pendedahan berkaitan hak pengguna dalam Program Jelajah Kepenggunaan Negeri Kedah Tahun 2022 hari ini.

Program anjuran KPDNHEP dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kuala Ketil itu diadakan Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK).

Empat teras utama penganjuran program berkenaan ialah memberikan pendidikan dan pengetahuan secara menyeluruh dan komprehensif kepada masyarakat mengenai tanggungjawab dan peranan sebagai seorang pengguna.

Seterusnya, ia bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan ilmu kepengunaan serta menjelaskan hak-hak sebagai pengguna kepada masyarakat pelbagai lapisan umur serta mendidik kesedaran mereka terhadap kepentingan isu-isu kepenggunaan.

Terakhir, masyarakat juga diberikan penerangan tentang kepentingan terhadap kuasa pengguna.

Turut hadir, Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Khant, Ketua Penguakuasa KPDNHEP Cawangan Baling, Mohd Adzrin Mohd Radzi serta Setiausaha PKWR Dun Kuala Ketil merangkap wakil ADUN Kuala Ketil , Abdul Halim Abdul Kadir.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.