Kerinduan Ustazah Raihan terubat

Ustazah Raihan duduk dua dari kanan bergambar kenangan bersama keluarga sebelum berangkat

BAGAN SERAI-Kerinduan kepada bumi Mekah dan Madinah pasti akan terubat selepas terpilih menjadi tetamu ALLAH untuk mengerjakan ibadah umrah.

Sebelum ini hajatnya tidak kesampaian dan terhalang untuk ke sana kerana penularan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Perasaan itu tidak dapat disembunyikan Ustazah Raihan Omar tatkala melangkah keluar dari rumah dengan rasa sebak bercampur gembira.

Beliau bersama suami, Mohammad Asri Asmuni, kakak sulung, Ustazah Rosda Omar dan dua anak saudaranya bertolak dari Masjid Bagan Serai ke KLIA dengan menaiki bas disediakan pihak syarikat.

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah Teluk Medan Bagan Serai itu memilih syarikat Safar Buddies bagi menunaikan ibadah umrah kali ini.

Ustazah Raihan yang kini berkhidmat dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Serai dan para jemaah akan menaiki penerbangan Qatar Airways pada jam 11 pagi esok (Selasa).

Perjalanan mereka diiringi dengan doa oleh ahli keluarga dan sanak saudara yang datang menziarahi.

Semoga ustazah dan rombongan mendapat umrah yang maqbullah.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.