Jabatan Imigresen tahan Md Rayhan Kabir

Pihak berkuasa mengesahkan Md Rayhan Kabir ditahan

KUALA LUMPUR– Lelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang memburukkan Malaysia melalui stesen televisyen Al Jazeera sah ditahan pihak berkuasa, hari ini.

Memetik Harian Metro, lelaki berusia 25 tahun berkenaan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Media tersebut melaporkan perkara itu telah disahkan Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Menurut Harian Metro, lelaki Bangladesh itu bersembunyi di sebuah kondominium Jalan Pahang, Kuala Lumpur namun ditangkap hasil risikan pihak JIM.

Terdahulu, JIM turut mengeluarkan notis orang dikendaki dan meminta orang ramai mengesan Md Ryhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63

Md Rayhan Kabir muncul dalam dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown hampir 30 minit disiarkan Al Jazeera.

Md Rayhan mengkritik cara kerajaan Malaysia mengendalikan COVID-19 membabitkan pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan menyifatkan mereka yang ditahan dilayan secara tidak adil.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu mengundang marah seluruh rakyat Malaysia yang mahu dia dikenakan hukuman termasuk diusir keluar dari Malaysia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.