KUDAT- Sebanyak 1,000 bungkus rokok tidak bercukai bernilai RM185,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat dalam Op Benteng Covid di Jalan Anggerik Pekan Kudat, hari ini. Pegawai Pemerintah PPM Kudat, ASP Rizauddin Selamat berkata, rampasan dibuat jam 9 pagi selepas anggotanya terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. "Lelaki dewasa memunggah beberapa kotak ke dalam sebuah kenderaan jenis proton saga ...
ALOR SETAR- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 60 kilogram daun ketum yang disembunyikan di celahan pokok pada kedudukan 0.1 batu nautika dari pesisir pantai Kuala Tunjang, kelmarin. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, bungkusan plastik itu cuba disembunyikan sebelum dibawa ke negara jiran. "Sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diatur ...
KUALA LUMPUR- Polis menjumpai 100 kilogram jongkong emas dan 12,500 keping mata wang dolar Amerika Syarikat dalam serbuan terhadap empat suspek yang memukul dua pegawai peribadi kerana berpuasa. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM28.45 juta. Menurutnya, empat suspek berusia 35 hingga 45 tahun yang ditahan dipercayai menjalani aktiviti perjudian haram dan kegiatan ah ...
LABUAN- Sebuah bot nelayan Vietnam Diraja Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas menceroboh perairan negara di sini pada 11 April lalu. Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim, Nudin Jusoh berkata, bot asing berkenaan ditahan dalam Op Pelantar. Menurutnya, ia dikesan di kedudukan sekitar 35 batu nautika barat laut dari Pulau Labuan sedang leka menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan mencurigakan. "Pemeriksaan mendapati ...
MERCHANG- Tiga bot nelayan Vietnam yang telah dilucutkan kerana menceroboh dan menangkap ikan dalam perairan negara ditenggelamkan berhampiran perairan Gong Balai semalam. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kesemua bot tersebut ditenggelamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu sebagai tukun tiruan. Menurutnya, sebelum ini kesemua bot berkenaan telah ditahan serta dilucutkan hak oleh ...
LUMUT- Empat nelayan Myanmar termasuk tekong yang menangkap ikan menggunakan bot tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak, kelmarin. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, mereka ditahan di kedudukan 8.2 batu nautika barat daya Pulau Jarak pada jam enam petang. "Kapal Maritim (KM) Tugau yang sedang melaksanakan Op Benteng di sekitar perairan Pulau Jarak telah ...
LUMUT- Gara-gara menangkap ikan menggunakan pukat jerut, seramai 13 nelayan ditahan pada kedudukan 0.4 batu nautika selatan Teluk Sekadeh. Kesemua nelayan tempatan berusia 18 hingga 75 tahun itu ditahan pada jam 6.00 petang, 26 Mac lalu. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot dinaiki semua kru terbabit telah melanggar syarat sah lesen. "Bot peronda yang sedang melaksanakan ...
KOTA TINGGI- Mangsa lemas kedua, Muhammad Hibatullah Hakim Razak,23 di Pantai Batu Layar ditemui petang tadi. Mangsa yang lemas sejak semalam ditemukan pasukan penyelamat pada jam 3.27 petang. Seorang lagi mangsa, Muhamad Hariz Farhat Omar,23, ditemui kira-kira 30 meter di celah-celah batu dari Pantai pada semalam. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot Petir 11 ...
BANDAR PENAWAR-Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang berusia tujuh hingga 66 tahun ditahan dalam satu serbuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam. Serbuan dilakukan di Sungai Buntu, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged). Sel Perhubungan Raya, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia berkata, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) ...
LAHAD DATU –Rokok pelbagai jenama tidak bercukai yang bernilai RM 20,908.80 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di Bandar Cenderawasih di sini semalam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendent Gan Ping Sing berkata, sebuah premis di taman berkenaan diserbu PPM selepas menerima maklumat awam. "Hasil dari serbuan tersebut pihak polis telah berjaya menahan satu individu serta merampas rokok pelbagai ...













