Mangsa lemas Pantai Batu Layar ditemukan

Mangsa terakhir ditemukan pada petang tadi

KOTA TINGGI- Mangsa lemas kedua, Muhammad Hibatullah Hakim Razak,23 di Pantai Batu Layar ditemui petang tadi.

Mangsa yang lemas sejak semalam ditemukan pasukan penyelamat pada jam 3.27 petang.

Seorang lagi mangsa, Muhamad Hariz Farhat Omar,23, ditemui kira-kira 30 meter di celah-celah batu dari Pantai pada semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot Petir 11 diatur gerak ke tempat kejadian selepas mangsa yang terakhir ditemui.

“Mayat mangsa dibawa ke jeti LKIM Tanjung. Sepang untuk diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan lanjut,”katanya.

Beliau berkata, susulan penemuan mangsa terakhir itu, Op Cari Alamat telah ditamatkan pada jam 5.40 petang tadi.

Nurul Hizam turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi dan orang awam yang terlibat dalam misi ini.

Dalam kejadian semalam, MaritimeRescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada jam 11.00 pagi daripada orang awam melihat dua orang terkapai- kapai meminta tolong kemudiannya tenggelam di pukul ombak.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.