Sumbang roti, susu tepung bantu keluarga memerlukan

Mohd Zukhi (baju petak) menyampaikan sumbangan kepada penduduk memerlukan

KUALA KETIL-Syarikat Master Key Seven memilih roti dan susu kanak-kanak sebagai sumber bekalan makanan bagi diagihkan kepada kelompok keluarga B-40, hari ini.

Tiga buah keluarga dari Kampung Tembak B dibantu melalui misi bantuanĀ  bersama media Rentas7.

Pengarah Urusan Syarikat Master Key Seven, Mohd Zukhi Ghazali berkata, usaha tersebut bertujuan meringankan bebanan kerajaan dalam membantu keluarga yang memerlukan.

“Kita memilih roti atas dua faktor, pertama ia bahan makanan yang tahan lama. Kedua, memudahkan setiap isi keluarga untuk makan.

“Harapan kita untuk memastikan kelompok B-40 sekurang-kurangnya mencukupi bekalan makanan,” katanya.

Beliau berkata, misi bantuan akan diteruskan lagi.

“Insya Allah, usaha membantu keluarga yang memerlukan akan diteruskan,” katanya.

Turut hadir, ahli Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tembak B, Ilyas Salleh.

Bagi yang ingin membantu, boleh menghubungi Mohd Zukhi di talian 017-5333107.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.