Lagi bot Vietnam ceroboh Malaysia ditahan

Bot Vietnam ini ditahan dalam Op Pelantar

LABUAN– Sebuah bot nelayan Vietnam Diraja Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas menceroboh perairan negara di sini pada 11 April lalu.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim, Nudin Jusoh berkata, bot asing berkenaan ditahan dalam Op Pelantar.

Menurutnya, ia dikesan di kedudukan sekitar 35 batu nautika barat laut dari Pulau Labuan sedang leka menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan lima kru termasuk tekong berusia 24 hingga 43 tahun itu telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki warga Vietnam,”katanya.

Beliau berkata, bot serta kru ditahan dan diiring ke jeti Zon Maritim Labuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.