Polis Kudat rampas rokok tanpa cukai bernilai RM 185,000

Anggota Polis Kudat menunjukkan bungkusan rokok yang dirampas

KUDAT– Sebanyak 1,000 bungkus rokok tidak bercukai bernilai RM185,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat dalam Op Benteng Covid di Jalan Anggerik Pekan Kudat, hari ini.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, ASP Rizauddin Selamat berkata, rampasan dibuat jam 9 pagi selepas anggotanya terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki dewasa memunggah beberapa kotak ke dalam sebuah kenderaan jenis proton saga dalam keadaan mencurigakan.

“Sewaktu lelaki tersebut ingin beredar dari lokasi tersebut suspek telah ditahan dan diperiksa,”katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut menjumpai sejumlah 1000 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai bersama seorang penumpang wanita dewasa.

“Nilai keseluruhan rampasan bersama kenderaan berserta barang peribadi suspek dianggarkan bernilai RM185,000,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d), Akta Kastam 1967.

Rentas7/ Foto: PPM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.