Serbu empat lelaki, jumpa 100 jongkong emas

Dua lelaki yang didera kerana dikatakan berpuasa

KUALA LUMPUR– Polis menjumpai 100 kilogram jongkong emas dan 12,500 keping mata wang dolar Amerika Syarikat dalam serbuan terhadap empat suspek yang memukul dua pegawai peribadi kerana berpuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM28.45 juta.

Menurutnya, empat suspek berusia 35 hingga 45 tahun yang ditahan dipercayai menjalani aktiviti perjudian haram dan kegiatan ah long.

Beliau berkata, polis juga merampas sepucuk pistol jenis glock bersama 10 butir peluru, lima talefon bimbit dan dua rotan yang digunakan sewaktu kejadian.

“Siasatan awal mendapati majikan mangsa yang berusia 44 tahun itu terlibat dalam kegiatan ah long dan judi haram.

“Empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes itu direman lima hingga tujuh hari mulai hari ini,” katanya yang dipetik daripada laporan Airtime pada sidang akhbar berkaitan perkembangan kes tersebut di IPD Klang Selatan, hari ini.

Terdahulu, tular isu dua pengawal peribadi didera dan diacukan pistol kerana berpuasa.

Jelasnya, tiada sebarang isu agama atau perkauman dalam kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298, 324 dan 307 Kanun Keseksaan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.