Bilal jadi mangsa korban terbaru di Patani

Kesan tembakan bertubi-tubi pada kereta mangsa jelas kelihatan

PATANI-Seorang bilal menjadi mangsa terbaru konflik berdarah di selatan Thailand selepas maut diserang dengan bom malam semalam.

Kejadian itu mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Ibrahim, 35, berlaku di Kampung Naket daerah Khokpho di sini.

Sejurus letupan bom, mangsa diserang dengan tembakan bertubi-tubi mengakibatkannya maut di lokasi kejadian.

Punca sebenar kejadian belum dikenal pasti namun dipercayai ada kaitan dengan konflik keamanan selatan Thailand.

Konflik selatan Thailand yang berlaku lebih sedekad lalu telah mengorbankan lebih 6,500 nyawa tidak berdosa.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.