SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah bersetuju dengan cadangan supaya kerajaan tidak melantik ahli politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) sebaliknya memberikan ruang khususnya kepada lepasan universiti dalam dan luar Malaysia. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pelantikan orang politik khususnya mereka yang diluar bidang bisnes sesuatu GLC tidak akan membantu berikan banyak manfaat. "Syarikat terpaksa ...

SEPANG, 16 Disember 2022 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah membawa masuk telur ayam dari negara luar untuk menampung kekurangan bekalan telur yang sedang dihadapi oleh negara sejak beberapa bulan yang lalu. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan berkata, kementerian telah membenarkan kemasukan telur ayam dari negara India pada hari ini melalui laluan udara sebagai fasa percubaan ...

  PUTRAJAYA – Tiga peserta wakil Malaysia telah berjaya merangkul gelaran Naib Juara dalam Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau 2022 yang diadakan di Myanmar. Mereka adalah Sky Broxlyne Roy Maxwill dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau, Sabah, George Loh Ing Won dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sarawak dan Muhammad Adam Haiqal Shaari Ismail dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, ...

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup persiapan akhir berdepan cabaran Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Maldives pada perlawanan persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi. Skuad baharu Kim Pan-gon membuka tirai jaringan pada minit ke-24 selepas Darren Lok menyambar daripada kesilapan penjaga gol dan pertahanan lawan mengeluarkan bola daripada kawasan sendiri. ...

KUALA LUMPUR-Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad memulakan tugasnya di Kementerian Kerja Raya (KKR) di Jalan Sultan Salahudin, Kuala Lumpur hari ini. Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Lipis kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri KKR. Beliau yang tiba pada jam 10.00 pagi disambut oleh pegawai-pegawai kanan kementerian ...

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 –Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nama yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang, Selangor pada semalam. Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Azman Adam ...

SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menuntut kerajaan tidak memberikan muka kepada pengeluar telur ayam. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, beliau percaya bekalan telur ayam di negara ini sebenarnya mencukupi namun ia menjadi terhad ekoran permainan pihak pengeluar dan orang tengah. "Kita tuntut kerajaan tidak memberikan muka kepada pengeluar dan pihak tengah melainkan tegas dan mengambil tindakan. ...

KUALA LUMPUR -Salah satu pesaing Malaysia dalam Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, Laos menang 1-0 ke atas pasukan beliau Thailand pada perlawanan persahabatan di Thamasadrungsith University Thailand malam ini. Laos mengatasi ke atas Thailand Bawah 23 tahun (B-23) menerusi jaringan Billy Ketkeophomphone pada minit ke-29. Kemenangan itu memberikan tonik kepada Laos untuk menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 ...

CYBERJAYA, 8 DISEMBER 2022 - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kelmarin telah mengumumkan senarai para pemenang bagi program MYHackathon 2022 Kohort 2 semasa majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim. Mengekalkan tema ‘Hackathon Nasional Untuk Malaysia Inklusif’, program yang telah dilancarkan pada 22 November 2022, kini melabuhkan tirainya setelah dua ...

KUALA LUMPUR -Skuad Malaysia yang dibarisi ramai muka baru tidak berdepan masalah menjinakkan Kemboja pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Kim Pan-gon menyenaraikan hampir keseluruhan pemain yang belum pernah beraksi untuk skuad negara kecuali hanya beberapa pemain dari skuad Kelayakan Piala Asia sebelum ini. Pengendali Korea Selatan itu dilihat tidak mempunyai masalah merencanakan taktikal terbaik ...