Laos tewaskan Thailand B-23

Laos menang 1-0 menjelang Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 pada 21 Disember ini

KUALA LUMPUR -Salah satu pesaing Malaysia dalam Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, Laos menang 1-0 ke atas pasukan beliau Thailand pada perlawanan persahabatan di Thamasadrungsith University Thailand malam ini.

Laos mengatasi ke atas Thailand Bawah 23 tahun (B-23) menerusi jaringan Billy Ketkeophomphone pada minit ke-29.

Kemenangan itu memberikan tonik kepada Laos untuk menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 kali ini selepas tewas 1-0 kepada Brunei dalam perlawanan persahabatan Tier 1 pada 27 September lalu.

Laos akan memulakan kempen Piala AFF menentang Vietnam pada 21 Disember ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.