Tiada masalah tanpa JDT, Malaysia belasah Kemboja 4-0

KUALA LUMPUR -Skuad Malaysia yang dibarisi ramai muka baru tidak berdepan masalah menjinakkan Kemboja pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.

Kim Pan-gon menyenaraikan hampir keseluruhan pemain yang belum pernah beraksi untuk skuad negara kecuali hanya beberapa pemain dari skuad Kelayakan Piala Asia sebelum ini.

Pengendali Korea Selatan itu dilihat tidak mempunyai masalah merencanakan taktikal terbaik skuad negara sekalipun tanpa ramai pemain JDT yang kerap dipanggil.

Malaysia dalam persiapan menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 membuka tirai jaringan menerusi jaringan dari luar kotak penalti Faisal Halim minit ke-11.

Lee Tuck pemain naturalisasi baru skuad kebangsaan tidak menunggu lama untuk memberikan impak apabila menyempurnakan hantaran Faisal Halim pada minit ke-38.

Faisal Halim yang menggunakan kelebihan kelajuan larian memanfaatkan umpanan Darren Lok sekali untuk lagi menggegarkan jaring lawan pada minit ke-45.

Di separuh masa kedua, Pan-gon membuat beberapa pertukaran pemain tetapi Kemboja kental bertahan.

Ketika Kemboja seperti hampir mengikat kedudukan di separuh masa kedua tanpa jaringan, Stuart Wilkin pantas menyambar percubaan Safawi Rashid yang pada minit ke-86 untuk Malaysia menang selesa 4-0.

Kemboja mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal berbuat demikian.

RENTAS7/ FOTO: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.