MYHackathon 2022 Kohort 2 labuh tirai

CYBERJAYA, 8 DISEMBER 2022 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) kelmarin telah mengumumkan senarai para pemenang bagi program
MYHackathon 2022 Kohort 2 semasa majlis penutupan yang telah disempurnakan
oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim.

Mengekalkan tema ‘Hackathon Nasional Untuk Malaysia Inklusif’, program yang telah dilancarkan pada 22 November 2022, kini melabuhkan tirainya setelah dua minggu menjalani kem intensif dan sesi bimbingan.

Empat pemenang bagi setiap pernyataan masalah yang dikemukakan akan
menerima RM250,000.00, selain bakal bekerja secara rapat dengan pemilik
pernyataan masalah bagi memperhalusi rancangan pelaksanaan solusi untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Dalam ucapannya, YBhg, Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim menekankan peningkatan kualiti yang memberangsangkan bagi hampir kesemua penyertaan yang diterima.

Ianya diterjemahkan melalui idea dan solusi yang praktikal dan inovatif untuk
dilaksanakan di peringkat nasional.

Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi servis perkhidmatan Kerajaan serta menambah baik sistem sedia
ada.

“MYHackathon 2022 Kohort 2 juga berjaya mengumpulkan lebih daripada 268
penyertaan daripada seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
kepakaran,”katanya.

Sementera itu, menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Norman
Matthieu Vanhaecke, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) selaku agensi pelaksana bagi inisiatif MYStartup dan program MYHackathon 2022 akan terus memberi sokongan kepada semua startup di Malaysia dan membimbing mereka daripada peringkat idea sehingga peringkat pengkomersialan.

““Cradle akan terus mendukung aspirasi Kerajaan untuk menjadi sebagai salah satu
daripada 20 ekosistem startup terbaik di dunia menjelang 2030 di bawah Pelan Halatuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030,” ujarnya.

MYHackathon 2022 Kohort 2 merupakan satu daripada pelbagai program di bawah
satu inisiatif nasional iaitu MYStartup yang telah dilancarkan pada tahun lalu bagi menyokong dan membantu startup di peringkat awal untuk memacu perkembangan perniagaan mereka menerusi program-program pembangunan kapasiti.

Sehingga hari ini, lebih daripada 5,000 startup dan individu telah menerima manfaat daripada inisiatif ini baik dalam bentuk perkongsian ilmu, sesi bimbingan bahkan geran pembangunan.

Terdahulu, sebanyak empat (pernyataan masalah telah dikemukakan oleh pihak
kementerian, dan agensi-agensi kerajaan untuk memperbaiki proses dan masalah mereka iaitu:

Pernyataan masalah kementerian/agensi jabatan

1. Solusi pengurusan digital membantu meningkatkanbudaya membaca murid dari pelbagai kategori
Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Solusi membantu memantau kesihatan pesakit buahpinggang kronik (Chronic Kidney Disease) secara menyeluruh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

3. Solusi teknologi untuk memupuk amalan hijau melalui kebun komuniti, pengurusan 3K dan sistem ganjaran ke
arah meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera Kementerian
Perumahan dan
Kerajaan Tempatan

4. Solusi teknologi untuk menangani konflik manusia danhidupan liar di kawasan sektor agromakanan. Kementerian
Pertanian dan Keterjaminan
Makanan (Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan
atau MAFI).

Kesemua peserta telah menjalani sesi bootcamp selama dua (2) minggu dan sesi
pementoran secara one-to-one daripada mentor bertaraf dunia sebelum 20 finalis
dipilih bagi sesi penyampaian peringkat akhir di Rekascape, Cyberjaya hari ini.

 

 

Kesemua peserta telah menjalani sesi bootcamp selama dua (2) minggu dan sesi
pementoran secara one-to-one daripada mentor bertaraf dunia sebelum 20 finalis
dipilih bagi sesi penyampaian peringkat akhir di Rekascape, Cyberjaya hari ini.

MYHackathon 2022 melabuhkan tirainya untuk tahun 2022 dan menyaksikan lebih
700 penyertaan dari individu berkumpulan dan startup. Hal ini secara tidak langsung
memberi gambaran bahawa landskap ekosistem startup dan pendigitalan negara
semakin berkembang dan memupuk startup di Malaysia supaya lebih mampan dan
berdaya saing.

RENTAS7

 

 

 

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.