Timbalan Menteri KKR mula kerja siang tadi

KUALA LUMPUR-Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad
memulakan tugasnya di Kementerian Kerja Raya (KKR) di Jalan Sultan Salahudin, Kuala
Lumpur hari ini.

Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Lipis kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri KKR.

Beliau yang tiba pada jam 10.00 pagi disambut oleh pegawai-pegawai kanan kementerian seterusnya sesi suai kenal bersama pegawai-pegawai di Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya.

Beliau berkata akan mengadakan sesi perjumpaan dan mesyuarat bersama pegawai- pegawai kanan kementerian terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai fungsi serta peranan kementerian ini.

“Perkembangan pesat pembangunan dan sosioekonomi negara telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian semakin bertambah.

“Maka fungsi utama KKR dalam merancang,
melaksana dan memantau projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam negara akan terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat,”katanya.

Jumaat lalu, Abdul Rahman antara 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.