Malaysia benam Maldives 3-0

Skuad baru Kim Pan-gon mudah benam Maldives 3-0

KUALA LUMPUR – Malaysia menutup persiapan akhir berdepan cabaran Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Maldives pada perlawanan persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi.

Skuad baharu Kim Pan-gon membuka tirai jaringan pada minit ke-24 selepas Darren Lok menyambar daripada kesilapan penjaga gol dan pertahanan lawan mengeluarkan bola daripada kawasan sendiri.

Pemain meningkat naik Faisal Halim menambah derita pelawat selepas menyempurnakan hantaran Darren Lok pada minit ke-64.

Pemain naturalisasi baharu, Lee Tuck terus membuktikan kelayakannya menyarung jersi skuad kebangsaan setelah menjaringkan gol ketiga pada minit ke-88.

Pemain yang turut menjaringkan gol ketika menentang Kemboja sebelum ini menolak masuk hantaran Sergio Aguero dari sebelah kanan padang.

Malaysia akan bertandang ke Yangon Myanmar bagi menghadapi tuan rumah di Stadium Thuwunna pada 21 Disember ini sebelum melayani Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember berikutnya.

Skuad digunakan Pan-gon bertemu Kemboja dan Maldives diwarnai ramai pemain baru. Lebih manis rata-rata mereka baru kali pertama menyarung jersi skuad kebangsaan

RENTAS7/FOTO: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.